Chereads / You Are My World / Chapter 137 - chapter 132 : Torture

Chapter 137 - chapter 132 : Torture

" ahh " crystiana menahan dirinya dari menjerit kuat apabila pergelangan tangan dan kakinya diikat dengan kuat sehingga menyebabkan kulitnya melecet.

" kau buatkan aku sangat sangat marah hari ni . jadi kau akan terima balasannya dari aku ." ucap cedric sebelum mengambil besi panjang yang sedang dipegang oleh anak buahnya.

"kau benci aku kan dari dulu? dan sekarang aku akan tambahkan benci kau tu" ucapnya lagi lalu memukul tubuh crystiana menggunakan besi tersebut dengan kuat.

"ahhhhhhh!!! "

2 jam yang kemudian...

kepala crystiana menunduk jatuh tidak bertenaga manakala mulutnya dipenuhi dengan muntah darah yang memenuhi lantai manakala wajahnya dibasahi dengan air mata yang masih berjuraian.

"ini pengajaran untuk orang yang biadap dan sampah macam kau." ucap cedric sambil menolak nolak besi yang dipegangnya pada bahu crystiana.

"kau sepatutnya duduk sahaja dekat mana kau lari. bukannya datang sini nak cari aku. hancurkan syarikat aku. habiskan harta harta aku. kau ingat kau lagi pandai daripada aku. aku ni lagi berpengalaman dari kau. what a shame. kau hanyalah budak hingusan sahaja" ujarnya sambil melibas besi itu di peha crystiana.

" erghhh! "

"jangan bagi dia apa apa kecuali malam" ujar cedric sebelum mencampakkan besi tersebut dilantai dan berjalan keluar dari ruangan itu meninggalkan crystiana keseorangan diri. selang beberapa saat, crystiana mula kembali menangis dengan teresak esak dan batuk berdarah sebelum kelopak matanya dengan perlahan lahan mula tertutup.

"ma .....ma"

zack berdiri berpeluk tubuh dan bersandar di dinding ruang tersebut setelah mendengar cerita yang diceritakan ahli keluarga crystiana.

"tolong selamatkan anak saya encik . dia anak yang baik . dia yang selamatkan kami semua . tolonglah saya encik"

" saya akan cuba sebaik yang mungkin . boleh saya tahu dari mana cik dapat pistol ni?" bicara polis itu kepada lena setelah menenangkan puan rannia.

" saya dapat dari rosi'e. dia suruh saya gunakan kalau dia tak berjaya lambatkan cedric. "

" baiklah . saya dah dapatkan semua laporan . apa apa berita terkini akan saya sampaikan segera. kalau ada apa apa nak beritahu boleh call saya " ujarnya sambil memberikan kad miliknya.

"encik . dia dah janji untuk balik. dia banyak kali cakap untuk akan balik . tolong . bantu dia encik" ucap lena yang disetujui oleh ibunya

" saya akan cuba sebaik yang mungkin. saya pergi dulu " balasnya lagi sebelum meminta diri meninggalkan bilik tersebut

"when someone is sure about keeping a promise when its hardly possible. there is a good chance its a lie." ujar zack setelah lama berdiam diri.

" selama ni saya berdiam diri sebab saya hormat keluarga kris. saya tak nak masuk campur untuk beri dia ruang selesaikan masalah dia sendiri. tapi, sampai sekarang saya langsung tak nampak apa apa perubahan. jahat sangat ke dia? kotor sangat ke hati dia? jangan butakan mata dan hati hanya kerana satu kesalahan. dont judge a person by looking at the outside. dia seorang yang sentiasa fikirkan orang lain. ubahlah selagi ada peluang. walaupun saya lahir dalam keluarga yang tiada kekurangan tapi saya masih boleh nampak lagi yang keluarga ni seperti bukan keluarga " ucap zack sebelum turut mengikuti polis itu.

" dia orang bagitahu, sebelum tukar lokasi, ada orang yang tukang sampai maklumat. "

"tak akan mudah untuk bantuan lepaskan diri kalau tiada pertolongan. sebab tu aku suruh kau yang ambik alih. hati hati. pilih team yang kau percaya. " ujarnya tanpa reaksi.

" jangan risau. aku sendiri yang akan uruskan. tapi ... siapa perempuan ni? tak pernah pernah aku nampak kau macam ni? "

" tak mungkin...budak perempuan yang kau selalu cari dulu? betul ke?! crystiana rosi'e yang selalu berdua dengan kau tu? patutlah aku rasa familiar sangat bila nampak nama dia. "

" aku nampak ada kereta suv keluar dari jalan yang kita masuk tadi . aku tak sedap hati bila fikir balik. " ujar zack yang tidak menghiraukan ucapan rakannya itu

" aku dah dapatkan cctv untuk jalan keluar tu . jangan risau. hal ni dah masuk campur keselamatan awam. lagi mudah nak minta backup. aku akan bagitau kau terus kalau ada apa apa ."

" terima kasih."

'dah berapa lama aku dekat sini? berapa jam dah lepas? ataupun dah masuk hari? tak. minggu?' fikirnya sambil memandang pintu bilik itu bersama pandangan yang kosong. crystiana telah mula kehilangan jejak waktu untuk mengira berapa lama dia telah menghabiskan waktunya di situ . dia telah lama berputus asa untuk menyelamatkan dirinya saat dia memasuki bilik itu kerana keadaan tubuh dan kesihatannya yang semakin merosot.

'mama .... so ironic. dalam masa macam ni. aku boleh terfikir dia lagi....sedar kris. dia tak akan datang untuk selamatkan kau'

" aku tak dengar ! nyanyi kuat sikit ! " jerit anak buah cedric yang berada di luar pintu bilik itu. apabila mendengar arahan dari lelaki tersebut, crystiana kembali memaksa dirinya untuk membuka mulut yang sudah kekeringan bersama bibirnya yang pecah merekah.

" when i. found myself in time . of trouble mother mary comes to me . whisper word of wisdom . let it be. " nyanyi crystiana bersama suara yang serak.

" and in my hour of darkness ....she is standing right in front of me . w.wwhisper word of wisdom...let it be " sambungnya sebelum terbatuk batuk dengan kuat yang kembali mengeluarkan darah. setelah itu pintu bilik itu kembali dibuka.

"oi . kau dah tak pandai nyanyi ke?! kenapa nyanyi macam orang malas ? kalau dah tak nak menyanyi cakap . biar aku putuskan leher kau tu" ucap lelaki itu sambil memegang besi yang masih mempunyai bekas darah miliknya disitu

" pst . pst . bos dah sampai" ujar rakannya yang membuatkan mereka berdiri dengan tegak untuk menyambut cedric

"uishhh. tengoklah keadaan kau ni. menyedihkan aku betul lah. buatkan hari hari aku bertambah gembira." ucap cedric sambil mencengkam rahangnya dengan kuat

"bagi dia makan. lepas ni siap sedia untuk tukar tempat."

"baik bos"

"jangan risau. hari hari kau dah tak lama. kau akan jadi tebusan aku. lepas aku keluar dari negara ni. aku akan lepaskan kau . dari seksaan dunia."

"apa?" ucap zack bersama kening yang terangkat.

"keadaan ni dah berada di luar jangkaan tuan. kami dah tak boleh nak buat apa apa" ucap josh

"call dia suruh dia datang ke sini. "

"baik tuan" balasnya sebelum segera keluar dari ruangan itu. zack mengambil tab yang diberikan josh seketika tadi dan membaca berita yang sedang hangat dikatakan pada masa ini.

[ HOTS : identiti sebenar penyanyi antarabangsa BELLE WHITE ]

[ BELLE WHITE ADALAH KRIS ?! ]

[ PENYANYI KRIS DISYAKI DIDERA OLEH BEKAS CEO SYARIKAT X ]

[ HOTS : PENYANYI KRIS DISYAKI DICULIK OLEH BEKAS CEO SYARIKAT X]

" peminat penyanyi antarabangsa belle white telah berjaya mengumpulkan keseluruhan bukti yang menunjukkan beliau merupakan bekas mangsa penderaan. malah bukan itu sahaja, peminatnya juga berjaya membuktikan bahawa penyanyi antarabangsa tersebut merupakan penyanyi yang telah lama menyepikan dirinya di dalam industri pada 8 tahun yang lalu. hasil daripada bukti ini, peminat telah melakukan petisi supaya pihak polis untuk memulakan siasatan terhadap isu ini. "

" Satu laporan polis telah dibuat oleh seseorang yang disyaki kenalan rapat penyanyi belle white seawal pagi semalam. belle white dikatakan tidak dapat dihubungi dan dijumpai selama beberapa hari. namun polis tidak dapat membuat kesimpulan bahawa kehilangan penyanyi tersebut berhubung rapat dengan seorang banduan yang berjaya melepaskan diri dari penjara "

"kenapa pantas sangat semuanya buat kerja?" ujar zack lalu meraup wajahnya.

"panggil lawyer suruh datang ke bilik " arah zack kepada p.a nya

"baik tuan, untuk encik justin. dia telah dalam perjalanan."

"okay" ucapnya sebelum matikan panggilan.

"pastikan semua artikel dipadam. aku tak kira kau guna cara apa. pastikan dalam masa beberapa jam semuanya telah padam. nama dia pun hilang ranking"

"baik."

"masa aku baca semua artikel . aku perasan ada banyak komen yang menyakitkan mata. pastikan semua yang comment tu diambil tindakan. selagi tak ada permohonan maaf dikeluarkan. saman."

"lagi satu. artikel yang keluarkan berita tak betul. pastikan dia disaman. kalau tak. aku akan pastikan dia bankrupt."

"dan keluarkan pernyataan bagi sesiapa yang berani melanggar arahan. akan ada hadiah yang bakal diterima"

Josh memandang daniel yang baru sahaja keluar daripada bilik zack lalu dia memberi isyarat -macammanatadi?- lalu daniel membalas bersama riak wajah yang seperti baru lepas tamat perang dunia ke 3. -ijustwanttodie-. kemudian josh hanya memberinya tanda semangat sebelum mengarah justin untuk memasuki bilik zack pula.