"dan kau langsung tak terfikir yang perbuatan kau tu boleh menyebabkan keadaan ni?" ujar zack sambil mengetuk mejanya.
"kau tak boleh nak menyalahkan aku kalau kau sendiri tak bagi bekerjasama. aku call kau banyak kali. pa kau. jenna lagi. tapi semua langsung angkat. lepastu kau nak aku lepas tangan dekat belle?
"dekat mana lagi aku nak dapat maklumat? nak tanya dekat siapa? orang yang dia rapat hanya jenna. tapi dia tengah menghilangkan diri. yang tinggal hanya kau. tapi kau pun tak berguna. kau nak suruh aku diam diri sahaja?"
"jangan hanya tahu salahkan orang lain. dari awal lagi dah boleh nampak, dia tak beri kepercayaan kau dekat dia sebab tu kau yang sentiasa terkejar kejar dekat dia untuk tahu perkara. lagi satu, berbanding dengan kau. im busy. kau ingat dengan panggilan kau tu akan buatkan aku terus angkat? private number ada. email ada. "
"and now its my fault?"
" then who?"
"ahh whatever. where is belle right now?"
"tak ada. aku dah uruskan jadi jangan risau. just uruskan hal public" balas zack
"apa maksud kau?" soal justin yang membuatkan zack menghela nafasnya dengan berat
"maksud aku. kris masih lagi tak jumpa. polis masih lagi tengah jalankan siasatan."
"dan kau? apa yang kau buat? kenapa kau masih lagi duduk diam macam ni? buatlah sesuatu!" ucap justin lantas berdiri yang makin membangkitkan kemarahan zack yang ditahannya sejak hari kehilangan crystiana.
"kalau bukan sebab kau orang atasan dia, aku tak akan baik hati panggil kau dan beri kau duduk dekat depan aku. jangan pernah mempersoalkan hal aku. kau patut risau kontrak kau yang dah nak tamat dengan kris" balas zack
"oleh kerana aku dah bagitahu kau semua hal yang patut kau tahu, kau dah boleh bangun dan beredar" ujarnya lagi.
"apa?"
Justin kemudian keluar daripada bilik zack sambil melonggarkan tali lehernya dengan kasar dan langsung menuju ke lift.
"tuan sekarang dah macam bom bergerak. kenapalah masih ada lagi yang masih cari fasal lagi" ucap josh sambil menggelengkan kepala dia sebelum intercom dimejanya berbunyi.
"masuk"
"baik"
"aku dah berjaya kesan pergerakan disekitar kawasan tu. pasukan swot tengah bersiap sedia dari malam tadi dan nampaknya mereka akan tukar lokasi lagi."
"tukar lokasi lagi?"
"sangkaan kita betul. setiap kali dia tukar lokasi. tempat tu akan bertambah lagi dekat dengan kawasan perairan. aku syak yang dia akan larikan diri. "
"dan kris akan jadi tiket dia untuk pergi dengan selamat" sambung zack
"dah track kawasan perairan tu?"
"tak ada perkara yang mencurigakan lagi. sekarang kapal yang bawa kontena dan kapal terbang akan melalui pengawasan yang ketat."
"okay."
"jangan risau. aku akan pastikan untuk bawa dia balik harini juga. "
"okay. aku akan gerak pergi sana kejap lagi" ucapnya sebelum mematikan panggilan
"aku akan keluar jadi uruskan semuanya dan apa apa hal serahkan dekat zayn"
"baik tuan"
"lagi ?! ahhhh" ucap zayn bersama keadaan yang sangat tidak terurus. baju kemejanya yang tidak kemas , rambut serabai dan meja yang berselerak dipenuhi kertas kerjanya
"deadline pada hujung minggu ni"
"bila masalah ni nak selesai. aku dah taknak hidupppp" ujar zayn sambil menarik narik rambutnya .
zack dengan teliti mendengar setiap perbincangan yang sedang dilakukan oleh pihak polis dan pasukan keselamatan khas sebelum perbincangan itu tamat setelah 3 jam berlangsung. zack dan riqie berjalan bersama di kawasan pangkalan mereka bagi menenangkan perasaan gemuruh mereka.
" kau macam mana? kau kena jaga zack. kris tu bergantung dekat kau."
" aku tahu sebab tu aku kawal . sekarang dah hampir seminggu dia hilang, kau ingat aku boleh duduk diam ? aku nak bunuh siapa yang berani sentuh dia. aku taknak kehilangan dia lagi"
" aku dah pastikan aku pasang pengintip dekat situ. kalau tak disebabkan tempat tu sentiasa orang masuk dan keluar. dia dah lama selamat."
" tapi keadaan dia akan jadi lagi bahaya. sekarang mafia pun masuk campur."
" sebab tu kita minta tolong tentera. kita tak boleh bergerak selagi tak dapat arahan dari mereka."
" team? "
"black op. aku tak tahu siapa sebab rahsia govern . katanya tengah buat mission yang bersangkut paut dengan ni. " ucap riqie lalu bersandar di balik pokok yang rendang
" jangan risau. petang ni diorang akan keluar dari sarang . aku akan pastikan semua connection dia kena tangkap. " sambungnya lagi sebelum menepuk bahu zack
" pastikan . aku taktahu sampai bila aku boleh tahan "
"kau kena ingat kris. kau jangan buat semua orang takut" balas riqie bersama pandangan yang terkejut.
" ada dengar suara dia dekat radio? "
" masih tak "
crystiana tersedar dari tidurnya apabila lelaki yang setia menjaganya dari awal, menjirus wajahnya dengan air .
" bangun . kita dah nak gerak " ucapnya lalu membuka ikatan tali di tangan dan kakinya. kemudian dia menarik lengannya supaya berdiri dan menyeret crystiana yang sukar untuk berjalan.
" per...l..lahan ....lahan. pe..rlahan. ak. sa.kit. " ujar crystiana sebelum jatuh tersungkur.
" urghh " crystiana mengerang kesakitan yang membuatkan lelaki itu merasa jengkel terhadapnya.
" kenapa kau ni bermasalah sangat?! aku suruh jalan! susah sangat ke ha ?! " marah lelaki itu sambil menarik rambut crystiana dan menendang tubuhnya
" ss.sakit . saakitt.." ujar crystiana sambil menangis kesakitan.
"lain kali aku suruh jalan . kau jalan . faham ?!" jerkah lelaki yang membuatkan crystiana dengan pantas mengangukkan kepalanya.
" tuan . ada gelombang bunyi . " ucap salah seorang bawahannya yang sedang memakai alat pendengar suara
" kuatkan suara. " arah riqie lalu memakai alat yang sama persis dan fokus mendengar bunyi tersebut.
"aku dah dapat dengar suara dia " ucap riqie kepada zack .
" dia orang dah mula bergerak . semua siap sedia masuk dalam posisi " ucap riqie kepada semua sebelum menanggalkan alat tersebut.
"macam mana dengan black op tuan ?"
" kita akan buat macam yang dirancang dan begitu juga dia orang. "
" kenapa...muka dia familiar sangat? " ucap lelaki yang sedang bersembunyi di balik bayang bayangnya sambil menghembuskan asap rokoknya
" siapa boss? "
"yang tengah duduk dekat tengah depan kontena . dekat mana aku pernah nampak muka dia ? "
" muka dia cantik. mungkin seorang penyanyi ataupun model . "
" yes. yes. yes. aku dah ingat. penyanyi. aku tak sangka boleh jumpa dia dekat sini. akhirnya jumpa juga hadiah yang sesuai untuk future wife aku. "
" tapi macam mana dengan plan boss? "
" aku tak akan berurusan dengan orang yang aku tak percaya. ambil duit dan habiskan semuanya " ucap lelaki itu sebelum memutarkan tubuhnya dan berjalan meninggalkan tempat itu
"baik boss. "
"aku dah lama nak rasa kau tapi sayangnya aku tak percaya dengan perempuan macam kau. sejak penyanyi aku kena std . kau semua dah bukan taste aku. " ucap cedric bersama wajah yang jelik.
" memandangkan kau cepat popular . kau mesti dah buka kaki kau banyak kali . cis perempuan pelacur. " ucapnya lagi sebelum ketawa terbahak bahak.
' kau yang rosakkan semua perempuan tu dan sekarang kau salahkan dia orang sebab kena penyakit?' ucap crystiana di dalam hati.
"tapi jangan risau. aku akan bagi kau puas sebelum kau mati . mungkin anak buah aku ada yang tak kisah nak merasa kau." ujar cedric yang membuatkan crystiana mengangkat kepalanya dengan pantas.
" andai kata kau tak mati dekat tangan aku. aku akan pastikan kau mati dalam keadaan yang sengsara. aku tak akan sesekali memaafkan orang yang macam kau. kau langsung tak layak digelar manusia" cemuhnya dengan wajah yang penuh perasaan benci.
" bla bla bla bla. sebab kau dah nak mati. anggaplah hadiah terakhir aku . " balasnya sebelum memanggil anak buahnya.
" dia dah datang? "
"dalam perjalanan ke mari boss"
"oh ya ke? kalau macam tu aku akan bawa duit aku . kau jaga dia. jangan bunuh dia kalau plan kita tak berjaya. aku sendiri yang akan bunuh dia nanti"
"baik boss"
crystiana memandang kawasan sekelilingnya untuk memastikan dia tiada siapa sedang melihatnya.
' tak ada siapa yang tengah jaga kawasan selain dia . perlu ke aku gerak sekarang?'
' ingat crystiana. kau akan tetap mati kalau tak buat apa apa. better ada usaha dari tak ada' fikir crystiana lalu semangat untuk membebaskan dirinya semakin membuak buak. kemudian dia melihat kontena yang berada di sekelilingnya.
" time to go " ucap crystiana setelah menukar pakaian bersama lelaki yang menjaganya. crystiana memaksa dirinya berjalan secara normal walaupun keadaan kakinya tidak membenarkan. dia berjalan terhenjut henjut untuk menyembunyikan dirinya di balik kontena untuk mengelakkan dirinya dari ketahuan.