Chereads / You Are My World / Chapter 125 - chapter 121: video

Chapter 125 - chapter 121: video

crystiana duduk seorang diri di kerusi luar bilik rawatan sambil menatap tangannya yang menggigil yang dilumuri darah. kemudian dia menghembuskan nafasnya dan menggengam erat kedua tangannya. tidak ada seseorang di sekelilingnya kerana dia tidak membenarkan sesiapa mendekatinya apatah lagi menyuruhnya kembali masuk ke biliknya. dia memandang pintu bilik tersebut dimana zack sedang menerima rawatan sebelum bangun dan berjalan keluar untuk meninggalkan hospital tersebut.

"eh mana dia pergi?" ucap jururawat yang tertanya tanya atas kehilangannya lalu dengan segera mencarinya di seluruh kawasan hospital.

crystiana berjalan di tempat letak kereta sebelum bunyi kereta kuat kedengaran di belakangnya dan berhenti secara mengejut di sebelahnya.

"belle ?! " ucap justin setelah membuka cermin matanya . crystiana kemudian menoleh memandangnya dan berjalan memasuki perut keretanya.

"y-you. are you alright? kenapa tangan berdarah darah? are you hurt?" soal justin bertalu talu setelah melihat tangannya berdarah

"jalan." arah crystiana tanpa memandangnya

"apa?"

"jalan." ucap crystiana dengan memandang wajahnya dengan tepat. justin kemudian kembali menutup cermin keretanya dan menekan minyak untuk keluar dari kawasan hospital.

"apa yang terjadi? lepas direktor bagitahu berita hal ni. dengan cepat saya datang dekat sini. apa yang terjadi? awak sakit ke? perlu ke kita pergi hospital lain? tch jenna. memang tak berguna dia. saya call dia langsung tak angkat. lepas ni saya cari manager baru yang bagus untuk gantikan dia. awak jangan risau . biar yang selesaikan semuanya." ucap justin setelah memberinya tisu basah untuk membersihkan wajah dan kedua belah tangannya.

"awak selalu bubarkan team saya ataupun bagi orang lain. jenna bukan under awak jadi saya kena tetap dengar cakap awak ke?" balas crystiana tanpa melihatnya dan membiarkan tisu basah di atas pehanya kering

"err.. baiklah. awak buat apa yang awak nak. kalau awak nak apa apa awak boleh direct dengan saya"

"senyap. "

"apa?"

"senyap. suara awak buatkan saya makin sakit kepala" ucap crystiana sekali lagi sambil memandangnya sipi lalu sebelum kembali memandang pemandangan di luar tingkap di mana wajahnya penuh terpampang di merata tempat termasuk bas penumpang dan bangunan.

"nampaknya awak buat keputusan yang bagus untuk buat promotion dekat negara ni. " ujar justin yang juga sedang melihat wajah artisnya di merata tempat. dia mendapat keuntungan yang paling tinggi daripada hasil promosi mereka di negara tersebut.

"dia dah tak ada dekat luar" ucap doktor bernard yang kembali memasuki ruang tersebut setelah beberapa seketika

"tak ada siapa yang jaga dia dekat luar?" soal edward kepadanya

"cctv luar hospital tunjuk yang dia keluar and naik satu kereta mercedes hitam. dalam 10 minit lepas" ujar bernard lalu kedua dua mereka memandang zack yang langsung berdiri

"kau tengah buat apa? " soal edward kebingungan

"pergi ke kris" balas zack sambil memakai bajunya dengan perlahan lahan untuk mengelakkan jahitan di bahunya terbuka

"kau nak pergi mana? atleast tunggu lah beg darah tu habis dulu."

"kris baru lepas habis macam tu. kau nak suruh aku duduk sini diam diam?"

"biar aku yang pergi check dia . kau jangan risau. lepas ni kau nak buat apa pun aku tak kesah. " ujar edward

"jenna masih lagi tak angkat call ke?"

"hm. sampai sekarang tak ada balas. aku pergi tengok crystiana dulu" ucapnya sebelum keluar dari ruangan tersebut meninggalkan mereka berduaan

"ni keputusan crystiana dan handphone kau berdua. p.a kau bagi aku tadi.dia suruh kau check apa yang kurang." ujar bernard setelah meletakkan barang tersebut di hadapannya. zack kemudian mengambil fail tersebut dan membacanya.

"jangan risau. aku dah bagi dia vaccin. dia tak akan sakit dengan cepat"

"jadi apa yang terbaik untuk dia?"

"blood purification. sama ada hemodialysis atau hemodiafiltration. kita akan try mana yang sesuai dengan badan dia. dia kena stop ubat ubatan dia buat sementara. badan dia dah penuh dengan toxin. dia dah sampai tahap ke 3. lambat ubat ..dia akan terus tahap kritikal"

"okay. bagitahu aku kalau ada apa apa"

"if you need anything . call me alright?" ucap justin kepada crystiana

"okay. terima kasih" balas crystiana lalu menunggu sehingga justin beredar sebelum memasuki rumahnya. dia membuka pintu masuk rumahnya dan membuka lampu untuk menerangi rumahnya yang gelap itu. kemudian dia berjalan terus menuju ke sinki yang berada di ruang tamu itu untuk mencuci darah yang sudah kering di tangannya. crystiana menatap lama telapak tangannya yang sedang dia cuci sebelum mengangkat wajahnya memandang cermin . dia melihat kesan darah dari jari zack di wajahnya lalu dia membersihkan kesemua kesan darah tersebut dan mengeringkan tangannya di baju hospital yang masih dipakainya sebelum hujung matanya melihat sepucuk surat berada di atas meja televisyen. kemudian dia berdiri di hadapan meja tersebut dan membuka surat tersebut.

TO: CRYSTIANA

i will not be at home at the moment when you read this. i need to settle my family issues so it will take some time. im promise i will be back before you had a chance to read this. i hope so. if not. please take care of yourself when you return from the hospital. im sorry but not sorry. you need help from hospital . i dont have much time.goodbye.

LOVE, JENNA.

dia menutup surat itu kembali dan meletakkannya di tempat asal .

"jenna baru pergi ke?" soal crystiana sambil memandang ruangan yang luas itu.

"aku keseorangan lagi dekat sini." ujarnya lagi lalu memeluk kedua lututnya dengan erat.

"tok tok tok" edward mengetuk pintu rumah crystiana sebelum pintu tersebut dibuka seterusnya.

"why?" soal crystiana bersama muka yang masih pucat lesi. wajahnya semakin hari menjadi cengkung tidak berisi sehingga tulang rahangnya kelihatan tajam.

"boleh saya masuk?"soal edward kerana di kawasan tersebut sudah mula hujan renyai. crystiana membuka pintunya dengan luas dan menutup kembali setelah edward memasuki rumahnya.

"awak okay?" soal edward setelah berdiri di ruang tamunya

"never been this good. why ?"

"zack risau." jawab zack yang membuat crystiana menelan airnya

"dia okay?" soal crystiana tanpa memandang wajahnya

"kenapa keluar kalau risau pasal dia. "balas zack sambil ketawa kecil.

"jangan risau. dia ada doktor yang terbaik untuk rawat dia. jangan salahkan diri sendiri." ujarnya lagi tidak memberi tahu tahu tentang keadaan zack dengan jelas. crystiana menghembus nafasnya dengan berat sebelum kembali bertanya kepadanya.

"itu sahaja?"

"jenna ada datang sini atau apa apa ke?"

"dia tinggalkan surat dekat belakang tu . kenapa?" ucapnya lalu melihat zack memusingkan tubuhnya dan membuka surat tersebut untuk membaca isinya. kemudian dia menutup surat itu setelah habis membacanya.

" cara dia cakap macam tu mungkin dia akan pergi untuk waktu yang lama. keluarga dia agak bermasalah dan dia anak tunggal. jadi akan makan masa nak settle" ujar crystiana menerangkan isi surat tersebut dengan ringkas .

" dia cuma cakap nak keluar sekejap lepas angkat call. lepas tu terus senyap. sampai sekarang"

"keluarga dia lain dari yang lain. jangan risau. jenna memang macam tu. muncul dan hilangkan diri sesuka dia."

"awak akan keseorangan dekat sini. saya akan suruh nina temankan awak"

"saya nak keseorangan. banyak yang perlu saya fikir . saya tak akan jadi macam tadi jadi jangan risau."ucap crystiana yang membuatkan edward lama terdiam.

"saya tak percaya awak dan saya tak percaya zack. dia mungkin akan loncat dari bangunan hospital tu hanya disebakan risau pasal awak. "

"buat sementara waktu saya akan datang sini setiap hari untuk tengok keadaan awak sampai jenna kembali balik. setiap kali saya call saya mengharapkan awak angkat atau saya akan masuk ke rumah ni. dan suruh nina duduk sini. jadi sila angkat call dan mesej kalau tak nak ianya berlaku" ucap edward kali terakhir sebelum keluar daripada rumah tersebut meninggalkan crystiana keseorangan kembali.

zack melihat semua file yang berada di handphone lalu menutupnya setelah berpuas hati sebelum mengambil telefon crystiana untuk memeriksanya pula. dia menekan beberapa aplikasi untuk memeriksa ianya benar benar berfungsi lalu menekan gallerynya untuk memeriksa gambar dan sebagainya tidak hilang sebelum matanya terhenti di file yang teratas dimana kelihatan wajah crystiana sedang bercakap keseorangan di tempat yang gelap. jarinya kemudian menekan video itu untuk melihatnya.