"shit . aku datang jauh jauh . aku minta maaf . tapi ni balasan aku dapat . fine . ni kali terakhir aku minta maaf . jangan pernah dia cari aku lepas ni kalau tak aku cincang dia 18 kali . huh . menyesal aku datang sini " ujar crystiana lalu mengelap air matanya yang jatuh . kemudian dia memandang bilik pejabat zack dari luar.
" jangan makan langsung. jangan berehat langsung . kerja je tanpa henti . biar cepat mati . huh " ujarnya lagi lalu menghentakkan kakinya sebelum beredar dari halaman syarikat itu.
zack menghela nafasnya dengan berat lalu dia memandang ke arah bunga lili yang diberi oleh crystiana . kemudian dia meraup wajahnya dan menyesal kerana bercakap terlalu kasar kepadanya.
"josh " panggil zack kepada josh yang sedari tadi berdiri di luar . josh yang sedang ketakutan itu langsung masuk dan berdiri di hadapannya.
"cancel semua appoinment . tunda ke hari lain ." arah zack
"lepastu kemas bilik ni" ucapnya lagi kerana dia tidak membenarnya pekerja selain daripada josh untuk menyentuh barang miliknya .
"baik tuan . "
" saya ada something kena buat . kalau ada hal penting . bagitahu zayn . jangan ganggu saya ." ujar zack lalu memakai blazer dan mengambil kunci keretanya.
"boleh saya tahu ... something tu apa?" soal josh teragak agak . kemudian zack mengambil dan menunjukkan bunga tersebut kepadanya.
"saya kena cari cara untuk pujuk dia . bye " ucap zack sebelum keluar daripada biliknya meninggalkan josh yang tercengang sendirian
jenna duduk dengan sopan di hadapan crystiana yang sedang marah di hadapannya itu . dia cuba menahan badannya yang sudah lenguh kerana sudah hampir 2 jam mendengar crystiana yang tidak henti memarahinya.
"i mean .. are you even my friend ? why are you telling him about my sickness ? " marah crystiana dengan bercekak pinggang.
"then what about zack ? dia bukan kawan kau ke ? dia cakap macam tu sebab dia care about you and i told him its because aku kenal kau . cakap dengan aku selama kita kenal ni . lelaki atau perempuan mana yang berjaya rapat dan jadi bestfriend kau selain daripada zack ? tak ada siapa kan .aku bagitauu dia sebab aku percaya dia juga . kau dan aku kenal dia . kenal family dia juga . dan sebenarnya . kau marah sebab dia kenal kau yang sebenarnya. kau marah sebab dia tahu kelemahan kau . titik buta kau . yang selama ni kau sembunyikan dari semua orang . kau benci bila orang dapat tahu kelemahan kau . sebab tu kau marah . crystiana . sometimes. its better when someone you care know about it . kau dah biasa keseorangan . bagi peluang dekat dia untuk tunjukkan keikhlasan dia . tunjukkan hati dia yang sebenar . aku tahu kau tak pura pura bodoh bila dia bawa kau jumpa family dia . its means dia serius dengan kau . buka hati and slowy terima dia. " bebel jenna dengan panjang jela yang membuatkan crystiana terdiam . dia akan menyeka setiap air matanya yang akan jatuh.
" its about time . jangan seratus peratus ikut kata hati . separuh bergantung kepada akal crystiana. biar kita tak buta . atleast bila kita sesat kita dapat cari jalan balik . aku cakap ni juga untuk kebaikan kau . sebab aku jaga kau bertahun . aku sayang kau . tengok sekarang ni aku dah cakap macam orang berumur dah . jarang aku bagi nasihat . dah pergi berehat jangan sedih sedih. " sambungnya lagi lalu meninggalkan crystiana bagi memberinya ruang untuk melepaskan perasaannya. crystiana duduk memeluk lututnya di lantai sambil merenung di dinding dalam masa yang sangat lama . kemudian satu persatu air matanya jatuh membasahi wajahnya . dia menahan suaranya untuk tidak mengeluarkan sebarang suara ketika menangis .
" crystiana macam mana ? dia tak jawab call . call tak dapat masuk . rasanya dia block number" ucap zack yang menanyakan situasi crystiana di dalam telefon .
" dia tengah melayan perasaan . jangan risau . dia akan okay . bagi dia masa . bukan senang dia nak luahkan perasaan. is it first fight ? " ujar jenna
" hm " balasnya pendek yang kemudian disulami dengan senyap yang panjang.
"kau tahu . kalau nak senyap je . baik end call " ucap jenna yang sudah hilang sabar dengannya
" kau tahu apa yang dia tengah rancang sekarang?" soal zack tiba tiba yang membuatkan giliran jenna pula menjadi senyap.
" dan kau pun tak bagitahu aku .... kau tau apa yang dia buat bahaya kan ? aku taknak cakap banyak . aku harap kau tahu apa yang kau buat " ucap zack sebelum mematikan panggilan . jenna kemudian meletakkan telefonnya di riba dan mengingat kembali permintaan zack beberapa hari yang lepas.
"apa?" soal jenna .
"aku nak minta tolong kau fasal kris ." minta zack.
" apa yang kau fiki fasal dia?" soal jenna dengan serius.
" dia segalanya bagi aku ."
"kau tahu risikonya kan . aku sekali akan terpalit dalam hal ni"
" aku akan tanggung semuanya . "
" fine . tapi ingat . aku buat bukan untuk orang lain tapi dia . tapi bila suatu hari nanti dia ingat segalanya ... aku minta kau supaya sedarkan diri dari mimpi dia ."
"maksud kau?"
" kau akan faham maksud akan nanti "
jenna menghembus nafasnya dengan berat . dia kemudian bangun dan mencapai beg duitnya untuk keluar menuju ke speedmart. dia memerlukan manisan untuk membuatkan crystiana kembali ceria .
" kris . im going to speedmart . please on your phone . call me if you need anything" ucap jenna kepada crystiana sebelum menuju keluar .
" muka dia masam sangat . rasanya diorang gaduh teruk " ucap edward di dalam telefon kepadanya.
"ofcourse . first fight paling teruk kot ." balas jenna lalu dia mengambil kad kreditnya kembali daripada cashier sebelum berjalan keluar.
"tangan dah okay ? mama tanya kau macam mana ? dia risau sampai nak jumpa sekarang." ucap edward membuatkan jenna tertawa
"really ? cakap dengan dia yang aku okay . tangan pun dalam beberapa minggu ni baiklah . tak teruk mana . "
"pemilik tangannya okay tak?"
"pft . pemilik tangan? hahaha im fine . woops" bahu jenna ditarik secara tiba tiba dan tubuhnya dikunci oleh seorang lelaki di dinding di sebuah lorong yang gelap yang membuatkan dia tidak dapat bergerak untuk melepaskan dirinya manakala telefonnya pula terlepas jatuh ke jalan.
"thank god . you okay . " ucap suara lelaki itu
" damien ??"ucap jenna dengan terkejut.
"what the fu@k is wrong with you ? lepaskan aku ." ucap jenna menahan marahnya.
"nampaknya kau betul betul okay kalau dah sampai mencarut . kita kena test baju kahwin esok tapi nampaknya kena tunda " ujar damien sambil memandang lengan kanan jenna yang sedang berbalut itu.
" but its okay my fiance . baju tu akan tetap cantik walaupun tuannya berbalut satu badan . lengan tu akan baik dalam beberapa minggu . jaga baik baik . jangan rosakkan sebab kau milik aku . " ujarnya lagi lalu mendekatkan wajahnya bersama wajah jenna.
"majlis akan berlangsung bulan depan . jangan lari sebab kalini kau tak akan dapat lari . kalau kau lari , aku tak dapat janji keselamatan kawan kau . jaga diri baik baik sayang . i miss you . bye" ucap damien sebelum menghilangkan dirinya melepaskan tubuhnya dari jenna . jantung jenna tidak berhenti berdegup tatkala mendengar ancaman daripada damien . tangannya kemudian mengambil kembali telefon miliknya yang jatuh di jalan dan mendail nombor edward dengan pantas .
" hey jenna . apa yang terjadi? kenapa call putus tadi ....."
" jom ." potong jenna .
"ha ? apa yang jom? kau dekat mana ? kau okay tak?" soal edward bertubi tubi.
" kau cakap kau suka aku . and kau suruh aku jadi girlfriend kau . kan ? fine . so mulai hari ni kau boyfriend aku . " ujar jenna yang membuatkan talian di tempat edward senyap bagi waktu yang lama .
"jenna . kau serius ?"soal edward setelah lama berdiam .
"erm . aku serius . "
"jangan menyesal . aku bagi kau peluang terakhir jenna . lepas ni kau tak boleh nak patah balik"
"edward . aku tak akan menyesal dengan keputusan aku ." ucap jenna lalu keadaan kembali menjadi senyap sebelum edward memecahkan suasana sunyi tersebut.
"then . jenna . will you be my girlfriend ?" soal edward.
"yes " balas jenna tanpa teragak agak . manakala edward yang berada di hujung talian tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya lalu dia berguling guling di atas tilamnya sebelum kembali duduk bersama senyuman yang tidak lekang dibibirnya. zayn yang masuk secara mengejut di biliknya langsung menutup pintunya kembali dan menjerit ke arah mamanya.
"mamaaa . abang ed dah gilaaa . diaa senyumm sorang sorangg . cepat call doktorrr "
SNEAK PEAK
zack tersenyum melihat perlakuannya sebelum memeluk tubuh crystiana .
" saya marah sebab saya sayang awak. saya perdulikan awak . awak sentiasa senyum sambil sembunyikan apa awak rasa. hati saya pun sakit bila tengok awak macam tu . saya minta maaf . jangan nangis nangis lagi . hati saya sakit bila dengar dan tengok awak nangis. "