direktor direktor yang mendengar akuannya langsung menerbeliakkan mata mereka kerana terkejut .
" aapa maksud direktor rossi'e ?"
" kalian semua belum tahu ? hm . saya ingat ceo cedric sudah dapat notis . but its okay . ianya betul . saya beri saham saya 8% kepada victor untuk uruskan urusan saya . dan sekarang bila victor dah tarik diri . sudah tentu saya ambil kembali saham saya . hm bila dikira kira secara keseluruhan . ia menjadikan saya saham kedua terbesar selepas ceo cedric" ucap crystiana dengan tenang bersama senyuman yang tidak lekang . ia membuatkan mereka yang melihat perlakuan anehnya langsung merasa seram sejuk kerana mereka dapat merasakan ada sesuatu yang bakal terjadi suatu hari nanti dengan kehadirannya di syarikat ini .
"kita berbalik kepada projek di hadapan . saya setuju dengan proposal projek tersebut . " ucapnya lagi sambil memandang projektor yang menayangkan pembentangan projek yang akan membawa hasil sebanyak 2 juta .
crystiana membalas semua huluran yang diberikan kepadanya bersama senyuman .
" saya berharap projek ni akan berjalan dengan lancar ." ucap crystiana .
"saya harap juga begitu . saya harap kita dapat bekerjasama dengan baik "
" saya akan bekerja keras . kalau tak mungkin nanti saya akan dapat aduan sekali lagi hahaha" ujar crystiana yang membuatkan mereka tersenyum canggung .
" saya ada jadual sekarang . so . lets meet again . saya pergi dulu "bilang crystiana lagi sebelum meninggalkan mereka .
" kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang pelik akan berlaku ? "
"hmm . nampaknya projek ni kena berjalan dengan lancar juga . "
" apa maksudnya ? kau tak dengar ke yang diorang cakap projek tu akan datangkan banyak kerugian ?"
" jadi ? lepaskan peluang untuk berbaik dengan direktor rosi'e ? aku akan buat apa sahaja asalkan boleh dapat ke sisi baik dia . "
crystiana langsung menuju ke tempat pengembaraan music videonya yang akan dikeluarkan pada bulan hadapan . keadaan menjadi sedikit huru hara apabila jadual mereka sekumpulan berkecamuk .
" belle . did you have a problem? come on . smiling . " ujar taylor menghampirinya setelah lama memerhati wajah masam mencuka crystiana . kemudian crystiana memberikannya senyuman .
"hm . thats it my baby . you look pretty when you smile . you know . every problem has a solution. dont think too much . " ujar taylor lagi lalu crystiana menganggukkan kepalanya.
"i know . thank you ."
" by the way . where is your boyfriend ?" soal taylor yang membuatkan kening crystiana terangkat.
"what do you mean by boyfriend ? im not in relationship alright . "
"eyyyy . dont be like that . we all know you and him ehem ehem . "
" who ? zack ? we just bestfriend okay . "
" all of the staff here including ours know about it . they keep talking about you and him . come on . we all see you doing lovey dovey . "
" seriously . just best friend . "
" belle . men and women cant be bestfriend . think carefully . its my part . see you ." ucap taylor lagi sebelum meninggalkannya untuk merakam video bahagiannya pula. senyuman di wajah crystiana kemudian pudar . dia melihat telefon yang dipegang eratnya sejak tadi .
" huh . aku dah unblock pun dia tetap tak call . fine jangan call aku langsung . " ujarnya lalu membaling telefonnya di sofa jauh darinya . kemudian dia bangun untuk melihat dress yang diberikan oleh nina pada petang itu . jarinya baru sahaja menyentuh kain dress itu sebelum telefonnya tiba tiba berdering . dengan pantas dia berlari menuju ke sofa dan mengambil telefonnya . namun keterujaannya mati apabila dia melihat nama yang menelefonnya .
"tch ! dah kenapa dia call aku . " ucap crystiana lalu menolak panggilan tersebut dan mematikan telefonnya setelah justin tidak berputus asa berkali kali menelefonnya .
jenna dan nina bersama sama mengemas dan memasukkan barang ke dalam van memandangkan hari itu merupakan hari terakhir dan sudah menyelesaikan rakaman baru music video .
"jenna . jangan angkat barang berat berat . biar staff lain buat ." larang crystiana lalu nina langsung mengambil barang daripada tangan jenna dan memastikan jenna tidak memaksa dirinya untuk mengangkat barangan yang berat .
"betul tu . lengan kak jenna masih dalam proses nak baik . cuba dengar cakap kak belle . " ucap nina yang membuatkan kening jenna dan crystiana ternaik .
"kak?" ucap mereka berdua serentak .
"erm kenapa? ah . saya ingat lagi selesa kalau panggil kakak . saya tak boleh ke?"
"erm . tak adalah . lagi sesuai . just go on" balas crystiana
" kenapa aku rasa macam dapat adik baru lagi ?" ucap jenna kepada crystiana lalu jenna memberi isyarat kepada nina untuk masuk ke dalam van dengan segera.
"kris . "panggil jenna .
"apa ?"
" kau taknak jumpa zack? tak baik gaduh lama lama tau ." soal jenna yang langsung menghentikan pergerakan crystiana.
"no. aku tak bersedia lagi . lagipun dia tak akan contact aku . buat apa aku pula nak cari dia " ucapnya pula setelah berdiam diri.
" haih . aku taknak banyak. kau tau kan bukan dia je yang salah dalam hal ni . kau pun sama . dua dua salah . aku harap kau orang selesaikan masalah ni baik baik . you guys need each other jangan disebakan ego kau abaikan benda penting . aku nak keluar dulu . kalau dah siap terus masuk kereta . " ujar jenna kepadanya sebelum keluar daripada studio tersebut. kemudian crystiana menendang alat prop di hadapannya.
"tch . dia yang marah aku dulu . lepastu aku minta maaf . siap bagi bunga lagi . huh . perempuan bagi lelaki bunga . ingat senang ke. lagi lagi tu first time aku bagi bunga dekat lelaki . cis. tak hargai betul . lepastu dia marah balik. tak guna betul ergh . lelaki tak guna . aku benci kau " crystiana memijak dan menendang alat prop itu dengan sepuas hati bagi melepaskan rasa geram kepadanya. setelah itu dia menarik nafas lega. kemudian dia mengambil beg tangannya dan keluar daripada studio itu namun van hitam miliknya sudah hilang dari pandangannya.
" huh . mana pergi keretanya ? jenna pergi mana?" soal crystiana terpinga pinga . lalu dia membuka telefonnya kembali dan mendail nombor jenna sebelum anak matanya menangkap tubuh lelaki yang sangat familiar padanya yang sedang bersandar di keretanya .
"shit you jenna . kau tinggalkan aku . siap kau lepas ni "desis crystiana kepada jenna lalu mematikan panggilannya dan menutup telefonnya. dia kemudian berjalan ke arah yang bertentangan dengan zack untuk berpura pura dia tidak melihatnya . zack tertawa kecil apabila melihat wajah crystiana yang mencuka apabila dia berpusing tubuh untuk menukar arah. dia langsung berjalan mendekati crystiana .
"crystiana" panggil zack kepadanya . langkahnya kemudian terhenti . namun dia tidak memalingkan tubuhnya untuk melihat wajah zack.
"apa awak nak lagi ?" soal crystiana lalu badannya dipusingkan oleh zack supaya mereka dapat menatap wajah masing masing.
" saya nak minta maaf . saya tahu salah saya . im sorry. maafkan saya okay?" ucap zack bersama suara yang menusuk kalbu . air mata yang dia tahan tahan supaya tidak mengalir akhirnya mengalir juga . kemudian crystiana menyeka air matanya
"tch . kenapa aku kena nangis. macam budak budak je " marah crystiana kepada dirinya sendiri . zack tersenyum melihat perlakuannya sebelum memeluk tubuh crystiana .
" saya marah sebab saya sayang awak. saya perdulikan awak . awak sentiasa senyum sambil sembunyikan apa awak rasa. hati saya pun sakit bila tengok awak macam tu . saya minta maaf . jangan nangis nangis lagi . hati saya sakit bila dengar dan tengok awak nangis. "
"siapa punya angkara tu?"
"saya . salah saya . saya minta maaf . okay?"
"apa salah awak?"
" sebab saya marah awak "
"lagi"
"saya patut dengar penjelasan awak dulu. "
"lagi"
" saya kena tunggu dan bersabar sampai waktu awak akhirnya percayakan saya sepenuh hati dan luahkan semuanya dekat dalam hati awak" ujar zack secara tiba tiba yang membuatkan hati crystiana terusik . lalu dia mengeratkan lagi pelukannya apabila dia merasakan bajunya basah dibahagian bahu .
" ehem ... em. saya pun nak minta maaf." ucap crystiana setelah diam dengan lama . kemudian zack mula menyakatnya kembali
" untuk?" soal zack
"saya tak patut cakap macam tu dekat awak semalam"
"lagi?"
"saya tak patut cakap kasar macam tu "
"hm . how about keras kepala awak tu?"
" tchh" crystiana berdecit lalu memandang tajam ke mata zack.
" saya tak janji . tapi saya janji saya akan kurangkan degil saya . " ucap crystiana membuatkan zack berpuas hati . lalu mereka berdua tetap berpelukan berdua sambil menikmati waktu malam tersebut.
" crystiana . saya tak minta awak percayakan saya . saya hanya minta awak untuk jujur dengan perasaan awak. saya bukan tuhan untuk tahu semua yang awak rasa. saya nak awak nangis masa awak sakit . ketawa bila awak gembira .tunjukkan apa awak rasa dan jangan pendam perasaan tu. awak hanya lukakan dirik sendiri bila pendam ." ucap zack tiba tiba yang membuatkan jantung crystiana berdegup laju dengan kencang . dia akhirnya dapat merasakan . di saat itu . di waktu dan keadaan itu . hati dan perasaannya memerlukan zack dimana dia tidak sanggup berpisah dengannya .
' zack . i think . my heart ....have....finally trusting you' ujarnya di dalam hati .
SNEAK PEAK
jadi kesimpulannya ialah, mereka berdua mabuk selepas minum cocktail yang langsung tak ada campuran alkohol . yang bermakna mereka mabuk walaupun tak mabuk hmmm . zack . mari kita balas dendam ." ucap edward lalu membuka jaket yang dipakainya manakala zack membuka dan mencampak blazernya ke kerusi.