Chereads / You Are My World / Chapter 88 - chapter 85: i love you

Chapter 88 - chapter 85: i love you

crystiana menenangkan dirinya sambil menutup matanya manakala tangannya pula digenggam kuat . zack yang sedang memandu kereta menoleh memandangnya lalu tangannya menggegam tangan crystiana .

" jenna ok . atleast percayakan edward . saya percaya edward . dia masuk askar dari kecil lagi. dia more than profesional . " ucap zack.

" kenapa jenna taknak bagitahu apa apa kalau dia nak buat something yang gila. kalau edward tak datang selamatkan dia . siapa yang nak tolong dia? haih " ujar crystiana dengan geram .

" saya percaya dia ada alasan . "

edward memasuki bilik rawatan di mana luka di lengan jenna sedang dijahit oleh seorang doktor lelaki . jenna kemudian mengangkat kepalanya dan memandang edward .

"kau bagitahu dia?" soal jenna lalu edward hanya menganggukkan kepalanya.

" ambik baju dalam almari tu . tukar" ucap doktor itu kepada edward setelah melihat bajunya dipenuhi darah.

"doktor kenal dia?" soal jenna dengan terkejut.

" dia doktor dekat askar sebelum buka hospital ni" ujar edward sambil membuka almari

" direktor? " ucap jenna dengan terkejut.

"boleh panggil hade sahaja . saya dah kenal edward bertahun tahun . hidup mati sama sama .ni buat pertama kalinya edward panggil saya hanya untuk rawat perempuan. awak girlfriend dia ke?" soalnya sebelum mengemaskan kotak perubatannya. jenna kemudian memandang ke arah edward .

"takdelah ." balas jenna manakala hades hanya tersenyum

" kurangkan pergerakan . jangan angkat benda berat . kalau tak jahitan tu terbuka semula . saya dah inject antibiotik tapi kalau rasa nak demam terus makan ubat ni . elakkan kena air kalau tak nanti ada infection . ada luka dekat mana tempat lagi?"

"er dekat belakang badan . terjatuh dekat kaca pecah . " balas jenna

" kalau macam tu.."

"biar aku buat . " ucap edward lalu mengambil ubat yang berada di tangan hades. kening hades terangkat sebelah sebelum tersenyum lagi

" kalau macam tu kerja saya dah settle . pastikan banyak berehat . get well soon sister in law " ujar hades sebelum meninggalkan mereka berdua di dalam bilik itu

krik krik krik.

'datang mana sister in law pula ni'

"jangan pedulikan dia . " ujar edward kepada jenna .

" ofcourse..... diorang tengah on the way pergi sini ke? belle macam mana? dia ikut ke?"

" ya ..... jenna . "

"hm?"

"tak boleh ke kau harapkan aku kalau keadaan macam ni terjadi. kalau tak disebabkan kau tertekan call tadi . kau memang taknak bagitahu aku kan?" soal edward lalu jenna terdiam sebelum menjawabnya.

"hm . sebab aku taknak terbiasa minta tolong kau. apa hubungan kita? just kawan . aku taknak bahayakan kawan semata hal aku . ed . better kita bincang hal ni . jadi kita tak keliru dan langgar batas . "

" itu apa kau fikir?" soal edward sambil memandang wajahnya lama

" tukar baju dulu baru kita bincang " balas jenna setelah lama berdiam . kemudian dia membalikkan badannya menghadap dinding supaya edward dapat menukar bajunya dengan selesa .

" terima kasih ... sebab tolong harini . " ucap jenna lalu dia mengeluarkan rokok dan mancis yang disimpannya di dalam kocek seluar .

" aku faham kenapa kau marah . sebenarnya dari kecil lagi tak ada siapa yang berani nak dekat . jadi aku dah terbiasa kalau nak bertindak sendiri . terima kasih. " ucapnya lagi lalu dia meletakkan sebatang rokok dibibirnya dan menyalakan mancis di rokoknya sambil memusingkan badannya untuk melihat edward .

" oh my god "ujar jenna setelah terjatuh dari kerusinya . matanya terkebil kebil merenung tubuh edward yang tidak memakai baju di hadapannya .

"parut tu . tak mungkin..." ujar jenna lagi lalu dia menutup mulutnya menggunakan tangan yang sedang mengigil .

" kau dah ingat? " soal edward dengan serius.

" macam mana? macam mana kau boleh dekat sini . no . macam mana kau boleh tahu aku dekat mana ?"

" jenna . aku serius apa yang aku cakap . tapi kalini . aku percaya kepada takdir. sebab apa ? kau sendiri yang datang jumpa dengan aku . jadi aku takkan lepaskan peluang yang ada ." balas edward . kemudian tidak lama itu jenna mula ketawa yang membuatkan edward berkerut dahi.

" kenapalah nasib aku ni teruk sangat . heh . aku dah tak kisah dah . haih . apa je yang lagi teruk dari laki tu cari aku ." ucap jenna sebelum ketawanya mati dan raut wajahnya bertukar menjadi kelam . kemudian edward menurunkan badannya dan melutut di hadapan jenna .

" jenna . aku sukakan kau . dan apa yang terjadi dulu pun . percayalah . aku tetap akan bertanggungjawab. aku nak kau percaya dekat aku . berharap dekat aku . aku nak buat semuanya untuk kau." ujar edward dengan serius kepadanya yang membuatkan jenna terkesima lalu dia mengambil tangan jenna dan meletakkannya di dada .

" i love you jenna . more than you know."

"kau tak tahu? keluarga aku ...."

"tahu. lepas kau hilang . aku terus cari semua hal pasal kau . termasuklah hal tunang tu"

"tapi kau tetap suka aku? kau gila ke? i mean aku tahu kau askar but still benda tu crazy . "

" aku akan buat semuanya untuk kau . " ujarnya lagi lalu jenna berdiam diri memikirkan sesuatu dengan lama.

"fine . jadi kau sanggup nak tolong aku? putuskan pertunangan tu?"

" your wish is my command "

" thank you"

"alright. jadi harini . first day ? ."

" apa?"

" my girlfriend "

"apa girlfriend ? . me ? aku?"

"ofcourse . kau aku punya . kenapa aku kena kongsi dengan lelaki lain . jadi . semestinya aku kena hancurkan lelaki lain walaupun bukan atas permintaan kau. jadi mulai harini . kau girlfriend aku . " balas edward yang membuatkan jenna kehilangan kata kata. edward kemudian mengambil kesempatan itu dengan mencium bibirnya.

" kkauu. kkau." ucap jenna dengan tergagap gagap kerana terkejut . edward hanya tersenyum melihat reaksinya.

" siapa yang nak jadi girlfriend kau? aku taknak"

"kau tolak . aku cium . " ugut edward yang membuatkan jenna langsung terdiam .

"fine..."

zack memberhentikan keretanya di tempat parking sebelum keluar daripada perut kereta .

" edward dah mesej bagitahu bilik dekat mana . jom" ucap zack kepada crystiana sebelum berjalan untuk memasuki hospital tersebut.

"ryan " panggil crystiana lalu zack langsung berhenti dan memandang ke arahnya yang masih lagi tidak bergerak di sebelah kereta.

"kenapa? ada apa? " soal zack sambil mendekatinya.

" saya baru teringat ada hal . awak masuklah dulu tengokkan keadaan jenna . saya tunggu dekat sini je." ucap crystiana .

" crystiana . Awak okay ? " soal zack yang risau dengan keadaannya.

" tolong saya . tengokkan keadaan dia . saya okay je . kalau jenna tanya . cakap dia saya dekat luar . dia mesti faham . saya kena call seseorang. please ." pinta crystiana.

" okay . saya jumpa diorang tak lama . ni kunci kereta saya. kalau ada apa apa hal terus call . okay?"

" okay . " balas crystiana lalu melihat tubuh zack yang sedang berlari anak memasuki hospital itu. dia kemudian menghela nafasnya dengan berat sebelum mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor seseorang.

" macam mana semuanya ? " soal crystiana sambil menutup matanya manakala sebelah tangannya mengusap lembut dahinya.

" berjalan dengan lancar bos. saya dah hantar videonya dekat email bos. lagi satu, semuanya dah bersetuju nak berpihak dengan kita."

"bagus . sekarang ni tinggal ikut plan sahaja. keluarkan artikel tu masa dalam mesyuarat. yang selebihnya kau tau nak buat apa . "

"baik bos. errr . macam mana dengan tengah hari esok? cik jenna sakit . "

"jangan risau . aku sendiri pergi jumpa dia. suruh diorang ambil gambar macam biasa lepastu keluarkan . tujuannya . hmmm. cakap bincangkan pasal kontrak . "

"baik bos. "

"dah tu je . apa apa inform terus dekat aku. jangan call jenna . bye ." ucap crystiana lalu mematikan panggilan itu . kemudian dia membuka email dan membaca pesanan yang diterimanya tadi yang berisi laporan penting sebelum menekan file untuk melihat video . matanya berubah menjadi kejam apabila melihat beberapa orang gadis sedang dipukul tanpa belas kasihan oleh 3 orang lelaki. lelaki itu membaling kerusi plastik kepada mereka sebelum melibasnya menggunakan tali pinggang tanpa menghiraukan tangisan dan rayuan mereka. crystiana kemudian melihat beberapa video lain yang diterimanya hasil daripada pekerja upahannya yang diupah untuk menjadi pekerja di syarikat star sebelum menghantar mesej kepada pekerja gelapnya itu.

" videonya dah cukup untuk jadi bukti . buang cctv tu sebelum orang kesan. soal siasat trainee perempuan tu . rakamannya nanti hantar macam biasa . "

"baik bos ."

"kali ni aku takkan lepaskan seorang pun daripada kau . kau tunggulah balasan daripada aku" ucap crystiana bersama senyuman yang sinis.

Related Books

Popular novel hashtag