Chereads / You Are My World / Chapter 89 - chapter 86 : settle

Chapter 89 - chapter 86 : settle

" pap !" jenna mengetuk kepala edward dengan kuat .

"aduh"

" apa kau fikir itu yang aku akan cakap ? mimpilah . aku akan fikir dulu . bagi aku fikir . lagi satu, jangan main suka je nak cium orang. ada juga nanti aku karate " ucap jenna bersama mata yang tajam merenung edward

" baiklah . saya menurut perintah. tapi kenapa ada rokok dekat sini? kau merokok ke? yeke ?!" soal edward yang membuatkan jenna mengelebah.

" aku . punya . kkenapa?" soal jenna lalu edward mengambil rokok tersebut dan memasukkannya kedalam kocek seluarnya sebelum memakai baju yang diberi hades . setelah itu dia memandang jenna kembali dengan serius

" sejak bila?"

" dalam minggu ni . kenapa?"

"belle tau?"

"tak ."

"haih. jangan pernah merokok. kalau stress . cari aku. kalau ada masalah cari aku. aku akan ada untuk kau. sentiasa ada. alright? kalau aku nampak lagi aku terus bagitahu belle. faham ?"

"tch . iyelah. "

"apa cerita ?" soal zack kepada mereka berdua setelah memasuki bilik itu.

" aku ceritakan semua nanti. aku kena pergi jumpa polis kejap. korang settlekan apa yang patut" ujar edward yang menujukan ayatnya kepada zack lalu keluar daripada bilik itu.

" okay?" soal zack kepada jenna.

" erm . okay je . jangan risau . belle tak ikut?"

"dia dekat kereta . dia tak naik . nak panggil dia ke?"

"tak payah . dia tak akan naik pun. tanya je . " balas jenna sebelum keadaan menjadi senyap buat seketika . kemudian zack memecahkan suasana sunyi itu

" 18 november 2011. 4 tiket penerbangan . los angeles . pada pukul 3 pagi dan 10 malam. tapi hanya tiket pukul 3 sahaja yang berisi. 21 december . tarikh daftar masuk crystiana di bawah nama belle. betul kan?" ucap zack lalu jenna langsung memandang wajah zack.

" apa maksudnya?"

"hm . ni. alamat . resit . gambar . video cctv . bukti rumah pertama sehingga rumah yang cik jenna dan crystiana tinggal sekarang . " ucap zack lagi setelah memberikan fail yang berisi maklumat itu membuatkan jenna terdiam.

" apa maksudnya semua ni? " soal jenna lagi .

" saya nak minta tolong. saya cakap semua ni sebagai peringatan kepada cik jenna yang saya tahu semua perkara . maksud semua ialah . termaksud hal peribadi . "

"jadi . encik zack nak ugutlah sayalah sekarang ni?"

" tak . saya cuma nak tanya beberapa soalan dan saya perlukan sebuah kejujuran . no more lies. "

" soalan apa?"

" soalan pertama . di halaman terakhir file tu ada hasil tes ubat yang digunakan crystiana. ubat tu hanya dikeluarkan oleh pihak hospital . tapi. tak ada satu pun hospital yang ada maklumat tentang crystiana kecuali tahun 2013. kenapa?"

" bukan ke dah terang lagi bersuluh ? dia tak pernah masuk ke hospital. ubat tu dia dapat daripada doktor albert. "

" dia sakit apa sebenarnya?"

"depression. dia ada anxiety and ptsd. antibodi lemah . and semuanya terpaksa bergantung pada ubat. ada beberapa keadaan yang terpaksa mengunakan bantuan hospital tapi dia tolak yang menyebabkan penyakit dia bertambah . dan sekarang ni dia bergantung kepada ubat dos tinggi. tapi, ubat tu sekarang menjadi racun . why? sebab badan dia dah tak boleh terima ubat tu and akan tolak setiap kali dia guna ubat tu "

" tapi kenapa dia tetap ambil ?"

"simple. badan dia dah ketagih dengan ubat tu . setiap kali badan dia sakit dia akan ambil ubat tu . dia tak boleh hidup tanpa ubat tu. walaupun tau side effectnya apa. kami dah try kurangkan dos . kurangkan ubat but. tak berjalan. "

"kenapa tak masukkan dia ke hospital ?"

" kami taknak ambil risiko .lagi satu . dia seorang yang gila kerja sampai tak hiraukan kesihatan . effect pun hm . dan doktor dia pun cakap kalau dia still macam tu . body dia tak dapat bertahan lama . dia tak akan bertahan lama .itu je yang saya boleh bagitahu . next"

" walaupun masalah keluarga cik jenna dikeluarkan polis?"

" jangan risau . saya pandai bersembunyi. walaupun encik zack ugut saya dengan pistol dekat kepala pun . saya tetap tak akan buka mulut . "

"baiklah. soalan tu lain kali boleh ditanya lagi"

"siapa encik zack yang sebenarnya? apa hubungan dengan crystiana ?"

"saya? hmm . kawan lelaki? "

" tak mungkin . kawan lelaki yang rapat dengan dia dulu kan? bukan kan ?"

"malangnya betul . next . kenapa dia macam tak ingat memori lama dia?"

" kalau encik zack cari crystiana kembali . buang masa sebab dia tak akan ingat siapa encil zack sebenarnya. why? selepas dia balik jumpa mak dia dekat hospital , dia terus jumpa doktor hipnotis untuk lupakan ingatan lama dia. tapi , doktor tu cakap kemungkinan memori tu akan datang balik kalau ada situasi sama berlaku. dan sekarang ni crystiana selalu mimpi buruk. nampaknya memori tu boleh bila bila datang balik."terang jenna dengan panjang jela manakala zack hanya diam mendengar.

" saya orang yang tak bagi nasihat . tapi disebabkan encik zack ni kawan baik lama dia . baik encik zack lupakan dia . cepat atau lambat dia pasti akan ingat kembali. tapi bila dia ingat . dia tetap akan buat keputusan yang sama macam dulu. " ujar jenna setelah melihat wajah beku zack

"dia akan menderita . orang lain mungkin tak tahu. tapi saya tahu betapa menderitanya dia. kalau encik dapat tahu semua hal pasal saya . mesti dah tahu sekali hal yang terjadi dekat dia. kan ?"

" jenna . drop the formalities . saya nak minta tolong . " minta zack kepadanya setelah lama berdiam diri.

"apa?" ucap jenna

edward berjalan keluar menuju ke keretanya sebelum terhenti apabila melihat crystiana yang sedang bersandar di luar kereta sambil memandang ke arah langit.

" belle ?" panggil edward sambil berjalan ke arahnya. crystiana kemudian memandang edward sebelum memberikan senyuman kepadanya.

"kenapa tak masuk dalam? zack baru naik jumpa jenna. " soal edward.

" ah tak apa. saya tunggu dekat luar. dia tak kena admit kan?"

" sepatutnya kena admit. tapi jenna cakap tak payah . katanya esok dia busy. "

"nate macam mana? dia okay?"

" condition dia tak berapa okay . jadi dia kena admit untuk 2 3 hari. " balas edward lalu crystiana langsung menghela nafas beratnya.

"nate masuk hospital . jenna sakit . haih. macam mana nak uruskan kerja."

" maybe ada hikmah disebalik ni. jangan risau. kalau ada masalah apa apa. boleh minta tolong saya. " kata edward menawarkan bantuannya kepada crystiana

"terima kasih"

" saya ada urusan dengan pihak polis ni . saya pergi dulu ya."

" erm go go go. " ucap crystiana kepada edward . kemudian dia memasuki perut kereta dan menghidupkan enjin sementara menunggu zack untuk turun.

edward memandang kakitangan polis itu bersama wajah yang masam .

" apa kau kata?" soal edward menahan geram.

" lelaki yang dibawa van polis tadi kemalangan dan lepas diperiksa, semua lelaki tu hilang. " ucap seorang polis disitu. edward kemudian menoleh memandang ke arah anak buahnya yang dia jaga dan latih yang setia mengikutinya .

" kau orang balik berehat nanti aku pergi sana. biar aku settle dekat sini. terima kasih . " ucap edward lalu kembali memandang polis tersebut.

" tak dapat dikesan ?"

"ya . kalau hilang macam ni . kita terpaksa buka kertas kerja dan mulakan siasatan..."

" takpayah. jangan. kalau korang bukak siasatan pun . ketua korang tetap akan tolak . terima kasih sebab tolong . aku pergi dulu ." ujar edward sebelum beredar dari situ.

"baik .

suara jeritan lelaki dapat didengari dengan jelas dari luar bangunan yang terbiar itu. mereka meraung kesakitan dan tidak berhenti memohon maaf .

"arhhhhhh . saya minta maaf boss . maafkan saya . saya tak tahu yang dia .."

" hm . tangan mana yang kau sentuh dia ? kanan? kiri? " soal damien sambil bercangkung di hadapan mereka bersama tshirtnya yang sudah bertukar warna menjadi merah kerana dibasahi oleh darah mereka . suaranya yang tenang bersuara membuatkan mereka sangat ketakutan .

"ini adalah akibat . siapa yang berani sentuh milik aku . " ucap damien lalu melepaskan besi panas yang dipegangnya dan mengambil kain bersih dari anah buahnya dan membersihkan darah mereka yang terpercik di wajahnya.

" kau orang settlekan . " ucap damien lagi sebelum berjalan keluar dari bangunan tersebut.

" jangan .... jangannnnnn . ampunn bossss . tidakkkkk tidakkkk . saya mintakkk maaaffff . bosssss"

"argh bisinglah kau ni . " ucap seorang anak buah tersebut sebelum darah mereka berlumuran hampir di semua tempat.