jenna berhentikan keretanya dengan mengejut di hadapan kelab malam tersebut tanpa memakirkan keretanya di tempat parking. lalu dia dengan pantas berlari masuk ke dalam kelab tersebut setelah melewati pengawal keselamatan yang sedang berjaga di hadapan pintu. matanya melingas mencari kelibat nate sebelum melihatnya sedang dipukul oleh seorang lelaki yang berbadan sasa dan dipenuhi oleh tatu . langkahnya langsung menjadi laju dan memegang lengan lelaki itu yang baru sahaja mahu menamparnya.
" ohoi . lelaki pukul perempuan ? sangat pengecut . " ucap jenna sebelum memandang nate yang sedang terduduk di lantai lalu dia memandang tajam pula ke arah bartender lelaki yang berada meja bar .
"tak boleh diharap" desis jenna lalu tangannya di tepis kasar oleh lelaki itu.
"perempuan mana ni? jangan berani sangat nak masuk campur hal ni . kalau tak aku tak boleh jamin apa yang aku nak buat dekat kau" ucap lelaki itu bersama senyuman yang sinis.
"oh ya? kalau macam tu . aku pun tak boleh nak jamin apa yang aku nak buat nanti . aku taknak ada masalah apa apa juga nak selesaikan masalah ni dengan baik . perempuan tu di bawah jagaan aku . jadi segala masalah ataupun tak puas hati ..silalah contact nombor ni . " ujar jenna sebelum memberi nombor kadnya dan menolong nate untuk berdiri.
"oi perempuan. aku tak rasa kau faham keadaan sekarang . kelab ni kawasan aku dan perempuan tu cari masalah dengan anak buah aku jadi dia tak dibenarkan jejak kaki keluar dari tempat ni . faham? jadi silalah berambus dari tempat ni sebelum kau pun kena dengan aku"
"heh . kenapa aku rasa kau pun tak faham sekarang ni? kalau kau cakap tempat ni kau punya kawasan ...hm kau kenal damien ? aku pasti kau kenal sebab ni dia punya kelab . aku masih cakap baik baik sebab taknak kau sakit nanti . aku nasihatkan kau jangan buat benda yang kau menyesal nanti." balas jenna yang membuatkan lelaki lelaki yang sedang berkerumun di sekeliling mereka ketawa .
"damien ? macam mana kau boleh kenal dia? kau perempuan dia? ataupun simpanan dia? hahahahahaha . nampaknya kau masih tak kenal aku . aku paling benci orang yang tak layak macam kau sebut nama damien .kau ingat aku takut bila kau sebut nama dia? xcen bawa perempuan tu masuk bilik" arah lelaki itu kepada anak buahnya . jenna yang melihat nate ditarik oleh lelaki itu langsung menendangnya jatuh nak menarik pantas nate kebelakangnya untuk melindunginya.
"ahh jenna !"
"jangan sentuh dia !"
"perempuan s&@l ni " ucap lelaki itu sebelum mula bertindak kasar kepada jenna namun jenna yang berjaya mengelak daripadanya membuatkan lelaki itu hilang sabar dan langsung bertukar menjadi ganas .
" run ! now !" jerit jenna kepada nate namun sebelum sempat nate berlari keluar, dia ditangkap oleh lelaki lain dan kepalanya terhentak ke dinding kerana bergelut untuk melepaskan dirinya.
"ahh!" jerit nate yang disambut dengan gelak tawa lelaki lain . tangan jenna secara refleks mengambil botol alkohol dan memecahkannya di meja lalu ditunding ke arah lelaki itu.
"aku tak ada masa untuk semua ni . kau lepaskan dia sekarang" ujar jenna dengan serius menunjukkan dia tidak bermain main untuk mencederakan mereka. pelanggan pelanggan di bar itu mula menjerit dan berlari meninggalkan tempat tersebut meninggalkan mereka sekumpulan di tempat itu.
" heh . aku suka perempuan ni . tangkap dia"ucap lelaki yang sepertinya ketua kumpulan itu . anak buahnya mula mengepung jenna .
"jenna!" jerit nate yang melihat jenna di dalam keadaan bahaya sambil diseret oleh dua orang lelaki untuk masuk kedalam bilik sebelum menguncinya.
"fokus . " ucap jenna berulang kali . tangannya mengenggam botol kaca yang pecah yang menjadi senjatanya. apabila mereka semakin dekat dengannya , jenna langsung menyerang mereka . berkat membesar daripada keluarga mafia terbesar di negara itu , jenna dapat melindungi dirinya dengan menggunakan semua teknik pelindung diri yang dia belajarnya dulu . namun dirinya masih lagi tidak dapat mengalahkan mereka kerana jumlah mereka yang lebih ramai daripadanya . jenna tercungap cungap mengambil nafas sebelum badannya dipeluk kuat dari belakang. dia langsung meronta ronta untuk melepaskan diri lalu mengambil botol rum yang berada di kaunter bar dan memecahkannya di kepala lelaki itu
"ahhh !!" jerit lelaki itu sebelum melepaskan jenna. darah memancut keluar tanpa berhenti daripada kepala lelaki itu .
" celaka kau"jerit lelaki itu lalu mengambil kaca yang pecah dan mula menyerang jenna tanpa berhenti . tenaganya mula berkurang secara perlahan lahan dan hilang menyebabkan lelaki itu akhirnya dapat melukainya . dia membaling botol champagne ke arahnya dan pecah mengenai tangannya yang mengelak botol itu dari mengenai mukanya. darah mula menitik nitik mengalir keluar dari lengannya. lelaki itu mula ketawa kuat seperti sedang histeria . suara nate yang menjerit meronta ronta dari dalam bilik vip itu membuatkan jenna tidak berputus asa . dia memaksa dirinya untuk bangun lalu berlari menuju ke bilik dimana nate berada . namun lelaki yang lain menariknya kembali dan bergelut bersamanya sebelum menghempaskannya ke lantai .
"ah " badannya mengenai kaca kaca yang bertaburan di lantai . lelaki mempunyai tatu di seluruh badannya mula berjalan mendekatinya .
"jauh daripada aku" ucap jenna sambil mengesot jauh darinya lalu kemudian membaling kaca yang berada berdekatannya sehingga mengenai wajah lelaki itu . dia kemudian menyentuh luka itu sebelum bertukar menjadi berang dan menolak jatuh almari yang dipenuhi dengan pelbagai jenis alkohol ke arahnya . jenna langsung menjerit dan menutup matanya dengan rapat .
" ahh !"
" bang " bunyi almari dan kaca pecah berantakan.
" kau ok?" soal lelaki yang sedang memeluknya . jenna dengan perlahan lahan membuka matanya dan melihat lelaki yang memeluknya.
"edward?" ucap jenna dengan terkejut sebelum bunyi tembakan mula berbunyi di seluruh kelab tersebut . dia kemudian sedar bahawa edward menyelamatinya daripada almari itu .
"apa kau buat dekat sini?" soal jenna kepadanya namun edward tidak memperdulikannya dan menuju ke arah lelaki yang bertatu itu sebelum diserang oleh mereka.
"edward !" jerit jenna lalu memandang ke arah nate yang sudah dibawa keluar oleh beberapa orang lelaki yang berpakaian hitam .
" jenna!" jerit nate lalu mahu berlari kearahnya sebelum dihalang oleh lelaki yang menyelamatkannya itu.
" we have to get out from here now maam. " ucap lelaki itu sebelum membawanya keluar. jenna kemudian melihat edward menumpaskan lelaki yang menyakitinya itu sehingga akhir.
"edward " ujar jenna lagi lalu edward memusingkan badan untuk memandangnya. kemudian dia berjalan mendekati jenna sebelum mengangkat tubuh jenna dengan berhati hati supaya tidak menyentuh luka di tubuhnya. manakala mulut jenna terkunci diam sambil matanya meliar melihat baju edward yang dibasahi darah . itu merupakan kali pertama jenna melihat sisi lain edward . sisi dimana edward tidak menunjukkan sebarang kebaikan dan belah kasihan. kemudian jenna menutup kelopak matanya untuk berehat. badannya merasa lemah walaupun hanya untuk bercakap. jenna berasa lebih selamat dan dilindungi apabila edward berada dekat dengannya kemudian dia memeluk tubuh edward dengan erat .
"tapi . kenapa auntie paksa suruh dia orang berdua cari pasangan? maksudnya macam . maybe diorang tak jumpa lagi perempuan yang sesuai" soal crystiana kepada puan song manakala nina yang duduk di hadapannya cuba menahan dirinya daripada gelak ketawa.
"sht . jangan sampai abang kamu dengar . " ujar puan song kepada nina lalu memandang ke arah beranda di mana suami , bapa mentua dan anak lelakinya sedang berbual bersama.
"ada satu gossip ni . dia cakap anak auntie dua orang tu . haish .. dia cakap anak auntie ....gay" ucap puan song dengan perlahan manakala mata crystiana pula terbeliak besar .
" why??! "
" diorang tak pernah nampak dengan perempuan. kalau berdiri dengan perempuan . jarak mesti 3 langkah jauh dari dia. dia tak bagi perempuan sentuh dia. kalau bercakap pun kasar. p.a dia pun lelaki. jadi auntie pun risau . takut gossip tu betul . " ujar puan song sambil disokong oleh nina sebelum zack tiba tiba masuk ke ruang tamu bersama telefon ditelinganya.
"crystiana " ucap zack kepadanya yang membuatkan wajah crystiana berubah .
"kenapa? ada apa? " soal crystiana dengan serius .