keadaan yang huru hara tambah lagi dengan suasana yang bising di dewan membuatkan para guru melepaskan tangan mereka apabila mereka tidak lagi dapat menangani situasi tersebut sehinggalah pengetua sekolah tersebut memasuki ke dalam dewan barulah suasana yang bising tersebut menjadi normal .
"'hrm? kau demam ke? " soal ryan kepada crystiana yang beratur disebelahnya setelah melihat dia menggunakan penutup mulut sekali lagi buat yang keenam kalinya pada bulan tersebut . jawapan yang dia selalu dapat darinya ialah ' tak sihat' 'selsema' 'batuk'.
"udara tak berapa bagus harini . diamlah . jangan kacau aku " balas crystiana tanpa memandangnya . matanya memandang tepat kepada pengetua yang sedang memberi ucapan di hadapan dewan .
" kalau kau tak sihat kenapa datang? aku boleh tolong cakapkan dekat cikgu lah . takpayah takut . aku ada" ucapnya yang membuatkan crystiana menjeling tajam kepadanya.
"'jangan bercakap dengan aku . kau pergilah dekat member member kau sana ." balas crystiana .
"'aku ada buat salah ke ?" tanya ryan dengan penuh tanda tanya apabila melihat perilaku crystiana yang dingin terhadapnya termasuklah dengan semua rakannya yang lain setelah perhimpunan pagi tersebut habis . dia melajukan langkahnya apabila dia melihat crystiana menjauhkan dirinya daripadanya. ryan langsung menangkap tangan crystiana yang sedang membetulkan rambutnya yang terkena tiupan angin pagi yang kuat. badan crystiana langsung terkebelakang mengikut tarikan di pergelangan tangan kanannya yang ditarik secara mengejut.
"' apa yang kau buat ni?" soal crystiana dengan perasaan yang marah kepada ryan . dahinya yang berkerut kerut seperti sedang menahan kesakitan menarik perhatiannya .
"sorry . aku tanya tadi . kenapa kau tak jawab ? aku ada buat salah dekat kau ke? kenapa kau sejak kebelakangan ni macam menjauhkan diri daripada aku ? kau kalau ada masalah, bagitau aku , jangan senyap je"
"ryan . tengok mata aku . aku okay . tak ada masalah . dan kau tak ada buat masalah dekat aku . puas ? now , jangan kacau aku . i need space . please " ucap crystiana setelah menghembuskan nafasnya dengan berat lalu segera berjalan melepasi crystiana sebelum tangannya sekali lagi ditarik dan dibawa ke suatu tempat . badannya ditolak sehingga belakang badannya bersandaran di dinding bersebelahan dengan loker . crystiana yang terkejut dengan perbuatan ryan langsung menyoalnya .
"kau dah kenapa ryan ? "
"kau ada masalah kan sekarang ni ?" soal ryan tanpa menjawab pertanyaanya .
"apa maksud kau ?" soal crystiana kembali yang tidak memahami maksud pertanyaan ryan.
"kalau aku buka penutup mulut kau . baru kau nak mengaku ke ? "
" apa? apa yang kau cakap ni? aku busy lah sekarang ni . nanti nantilah kita bercakap" balas crystiana
" kau lupa ke kita sekelas ? aku kau . deskmate."
"...."
"kalau kau tak nak jawab soalan aku . aku buka terus mask kau . aku cakap aku buat . kau ingat aku tak perasan ke gerak geri kau selama ni? kris . kau kena ingat kalau kau ada masalah kau ada aku . aku boleh tolong kau . percayalah ."
"apa kau merepek ni? kau jangan nak merepek boleh tak" ucapnya lalu berjalan melepasi badan ryan sebelum badannya dipusingkan kebelakang dan penutup mulutnya dibuka dengan pantas yang membuatkan crystiana terkejut sekali lagi . wajah crystiana yang penuh dengan luka dan lebam membuatkan ryan kaku dan terpana . crystiana langsung merampas kembali penutup mulutnya dan memakainya kembali .
" sebab aku tak nak bebankan orang lain yang bukan ada dalam masalah aku . faham?" ujarnya sebelum meninggalkan ryan keseorangan diri di koridor loker .
--‐--------
" apa ? kau nak mintak cuti ? kau bengap ke apa? bulan ni aku busy nak urus artis lain kau tau tak ? aku tak ada masa nak layan rengekkan kau ni ." marah pengurusnya.
" sebab sibuklah, saya nak mintak cuti . saya ingat nak fokus dengan assignment saya dalam masa ni "
"kau ingat kau siapa ? kau ingat kau ceo ke ? kau ingat kau boleh goyang kaki buat apa yang kau nak sesuka hati sedangkan aku penat penat buat kerja dekat sini " ucap pengurusnya dengan menarik rambut crystiana kebelakang .
"oi . kau berlatih pun tak betul . menari masih lagi kaku . kau nak mintak cuti ? ni makannya" ucapnya lagi sebelum menghentak kepala crystiana dengan kuat di dinding lalu dia mengambil raket tenisnya kesayangannya sebelum dia memukul mukul hampir keseluruhan badannya . belum habis dengan itu lagi, dia memegang pipi crystiana yang basah dengan air mata itu sebelum menamparnya berkali kali .
-------------
crystiana melihat wajahnya di cermin tandas perempuan sebelum memegang kulit mukanya dengan lembut dan perlahan . wajahnya langsung bertukar dingin dan dia kembali memakai penutup mulutnya dan segera menuju ke kelasnya untuk memulai sesi pembelajarannya .
ruang biliknya malap dicahayai oleh cahaya lilin aroma terapi yang dihidupkan, memenuhi segala ruang di sudut biliknya manakala crystiana pula sedang duduk di lantai di hujung sudut biliknya sambil menikmati jus buah anggur di gelas wain dengan ditemani oleh alunan musik yang membantu dirinya untuk menenangkan jiwanya yang kusut itu . gelas wainnya dipusing pusingkan sebelum dia meneguk jus anggur itu sehingga habis dan memandang gelas tersebut .
"sayangnya . kalaulah aku boleh merasai macam mana mabuknya tu tentu aku boleh hilangkan semua masalah aku sekarang ni ." ujar crystiana lalu meletakkan gelasnya di lantai dan mengisikannya kembali dengan jus anggur sehingga penuh .
"tapi disebabkan hanya dengan satu punca aku tak boleh nak menikmati hidup aku. heh . heh . hahahahhaha . kris kris . macam mana ? apa boleh buat ? kau yang mintak nak jadi semua ni ." ujarnya lagi dan meneguk jus tersebut dengan satu tegukan dan meletakkan gelas tersebut di lantai dengan kuat . penangan caffeine dan jet lagnya yang tidak hilang membuatkan keadaan dan sikap crystiana seperti orang sakit jiwa bertambah lagi dengan kekurangan tidur yang teramat sangat yang lagi membuatkan kondisi crystiana sangat parah . crystiana cuba menghayati melodi musik tersebut dengan menutupkan matanya tetapi tidak berhasil yang membuatkan dia langsung marah .
"why ! is it because i have not drunk enough? did you think im not capable? ! i can you stupid music box ! arghhhhhhhhh !" jerit crystiana lalu membaling gelas wain tersebut di dinding . kacanya pecah bertaburan di seluruh biliknya . crystiana hanya memandang dengan pandangan kosong sebelum mengambil botol jus anggur tersebut dan meneguknya .
" kenapa aku selalu dengar yang satu dunia tengah ketawakan aku ? aku masih tak bagus ke ? aku penat menyanyi . aku penat menari . aku penat bekerja . aku masih lagi tak bagus ke ? tak kesian dekat aku aku? kenapa? kenapa?" rintih crystiana sebelum menangis tanpa suara sambil meneguk jus tersebut .
jenna membuka pintu apartmentnya dan mengerutkan dahinya apabila melihat rumah itu gelap tidak berlampu . dia membuka kasut tumit tingginya dan menyimpan di rak kasut sebelum membuka lampu rumah dan segera menuju ke biliknya sebelum telinganya menangkap bunyi kaca pecah dari ruang bilik tidur crystiana .
" kris ? tak mungkin sekali lagi " ucapnya seperti tidak ingin mempercayai bahawa bunyi itu datang dari bilik crystiana . dia pantas mencari sesuatu di dalam laci biliknya dan segera menuju ke bilik crystiana setelah menjumpainya. dia membuka pintu bilik crystiana dengan perlahan . dia menghirup udara dengan sedalam dalamnya sebelum menghembuskan kembali setelah melihat suasana bilik crystiana . dia melihat wajah crystiana yang hampir tidak dikenalinya itu . matanya kemerah merahan manakala bawah matanya dilingkari dengan linkaran hitam seperti panda manakala biliknya gelap yang hanya disinari dengan cahaya dari lilin aroma . dia mengenggam erat benda yang dipegang di belakang badannya . dia sudah tersangat kenal dengan keadaan seperti ini . dia menangani situasi crystiana seperti ini hampir setiap hari apabila dia pulang dari concert tournya . fikirannya akan terganggu apabila badannya terlalu penat dan kurangnya tidur malam dan juga apabila dia bermimpi akan masa silamnya . ada masa juga crystiana akan menjadi seperti itu apabila dia teringat kembali kenangan kenangan lamanya . jenna pasti akan keletihan dari segi mental dan fizikal apabila menguruskan keadaan crystiana seperti itu. jenna menghampiri badan crystiana yang sedang memandang ke arah langit di tingkap dengan perlahan sebelum menghentikan langkahnya beberapa langkah jauh darinya .
"kris . kau okay . kau baik . kau tak perlu hiraukan semua tu . aku ada dekat sini . kau tak perlu risau lagi . kau selamat " ucap jenna dengan lembut dan penuh kasih sayang . crystiana langsung menoleh ke arah jenna dan memeluknya . jenna mengusap lembut rambutnya dengan lama .
" kau nak jumpa albert ke ?" soal jenna dengan lembut .
"taknak" balas crystiana dan mengeleng gelengkan kepalanya .
"pelali?" ucap crystiana setelah merasai sesuatu mencucuknya di lengan kanannya .
" its okay . get some sleep . kau okay . kau akan okay . tidurlah . aku ada dekat sini . "
"betul ke?"
" shuuut . kau okay . aku ada dekat sini . aku tak pergi mana mana . tidurlah . berehat . " ucap jenna dengan berulang kali sehinggalah crystiana melelapkan matanya. jenna menyelimut tubuh badan crystiana dan meletakkan lilin aroma tersebut berdekatan dengannya lalu membersihkan kaca gelas yang pecah disekelilingnya . setelah itu dia membersihkan dirinya dan merehatkan tubuh badannya di sebelah tubuh crystiana . jenna menghela nafasnya sebelum tidur tidur ayam demi menjaga kondisi crystiana yang dia merasakan semakin hari semakin bertambah teruk . dia takut akan sesuatu yang akan bakal terjadi sekali lagi sekiranya kesihatan crystiana makin bertambah buruk .