Chereads / CEO itu bukan bos aku. / Chapter 3 - Jangan hanya melihat buku pada rupa kulit sahaja.

Chapter 3 - Jangan hanya melihat buku pada rupa kulit sahaja.

Usai mengerjakan solat Isyak dan menghabiskan makanan yang di belikan Iqbal, Arman duduk bersandar di kerusinya sambil matanya melihat kertas kerja yang masih bertimbun untuk di tandatangani untuk approval.

Jam sudah menunjukkan 11 malam, dia lalu keluar dari bilik pejabat dan menarik daun pintu dengan agak berhati-hati takut incident yang baru berlaku tadi berulang lagi. Lega hatinya bila pintu di tarik dan dia hanya melihat Iqbal yang setia menunggu. Iqbal terus bangun mengikuti langkah kaki Arman menuju ke lif dan ke kereta yang di parkir di basement. Selalunya dia tidak perlu ke basement kerana Iqbal akan sedia menanti di lobby dengan kereta.

"Balik kondo saya ",ringkas arahan Arman kepada Iqbal sebaik sahaja kereta di hidupkan.

Agak pelik arahan hari itu kerana selalunya tuan Arman akan pulang dahulu kerumah Dato' Azman untuk bersama dengan umminya Datin' Azizah.Dengan arahan itu,Iqbal terus menuju ke Damansara Utama sesampai di lobby masuk,Iqbal terpaksa membangunkan tuan Arman yang tertidur.

Masuk sahaja ke kondo miliknya dia terus menuju di peti sejuk mengambil sebotol air mineral bagi menghilangkan dahaga. Jika melihat pada keadaan susun atur perabot dan perhiasan ternyata Arman seorang yang sangat menitik berat dan sangat teliti,semua tersusun rapi kerana setiap hari, akan ada pembantu harian datang mengemas dan membersihkan bagi memastikan rumahnya sentiasa bersih dan kemas. Di letakkan botol yang telah kosong di atas meja makan kecil yang mempunyai empat kerusi.

Arman lalu terus ke bilik tidurnya ,tanpa mandi dia terus tidur menyambung tidur yang terganggu tadi dengan masih memakai pakaian kerja. Terlalu penat.

Jam 6 pagi jam locengnya berfungsi dengan baik nyaring berbunyi, mengejutkan Arman yang terbongkah tidur keletihan.Tangannya mengapai punat dan menekan mematikan loceng dari terus berbunyi menganggu deria telinganya, dengan mata yang masih separa tertutup dan kaki yang longlai, di gagahkan berjalan menuju suis memasang lampu menerangi ruang bilik tidur lalu dia terus menuju ke bilik mandi bagi membersihkan diri untuk menunaikan kewajipan asas. Usai solat subuh. Pantas tangan Arman memetik mesin pengisar kopi automatic untuk menyediakan secawan kopi espresso kegemaran untuk menyegarkan mata dan melapangkan fikiran dengan kenikmatan kafein. Baginya yang telah berusia 35 tahun dan masih bujang dan available dia lebih suka bebas tanpa sebarang ikatan untuk mengejar impian membuktikan jati diri. Terus dia bersiap sedia untuk mengharungi hari ini dengan semangat membara di hati. Ayahnya Dato' Azman yang telah mengambil keputusan bersara awal bagi membolehkan dia pula membuktikan dia boleh mengembangkan dan memajukan syarikat dengan bakat dan keupayahan yang dia ada. Ayahnya seringkali mengecilkan keupayahan dia kerana dia tidak berapa suka akan dirinya,syukur dia mempunyai seorang ummi yang baik dan sangat menyayangi dirinya seperti anak kandung sendiri. Dia beruntung ayahnya berkahwin dengan ummi jika tidak sampai bila-bila pun mungkin dia tidak akan tinggal bersama sebagai keluarga biarpun agak lewat mengenal apa erti keluarga dan bahagia dengan kasih sayang seorang ibu. Mengingati semula kisah lampau kadang-kadang dia masih terkesan dengan sikap ayahnya yang tidak dapat menerima kehadiran dia dalam hidup.Dulu semasa kecil seringkali di ungkapkan bahawa dia anak yang membawa bala, ayahnya tidak dapat menerima kenyataan takdir, kerana dengan kelahiran dia, isterinya ibu kandung Arman, pergi meninggalkan dia sebaik melahirkan Arman.Walau begitu ayahnya tetap menyempurnakan setiap keperluannya namun sejak lahir dia di besarkan oleh arwah opah, ibu kepada arwah ibu Arman. Dia di berikan pengasuh dan segala makan,pakai dan perbelanjaan disediakan oleh ayahnya walau dia jarang menjenguk. Bila arwah opah pergi kala dia berusia 6 tahun, dia menumpang kasih pula dengan tok wan dan mak tok sebelah ayahnya, sama seperti sebelumnya dia masih diberikan pengasuh dan cukup makan pakaian oleh ayah. Bila ayahnya hendak berkahwin baru ,ayah dan ummi datang menjemput dia tinggal bersama, itu adalah syarat-syarat ummi,dengan ummi ayah memperolehi sepasang cahaya mata Aida dan Aiman.Kasih sayang ayah buat keduanya sangat-sangat berbeda dengan diri dia. Ummi tidak pernah membezakan dia dan adik-adiknya.Kerana ummi dan adik-adiknya , dia berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.Sekarang ummi agak tidak sihat kerana itu tiap hari jika boleh dia akan melawat ummi biar pun tidak lama.Ayahnya masih begitu,namun sejak akhir-akhir ini ummi seringkali bertanya bila dia mahu berumah tangga. Katanya dia mahu melihat Arman hidup berpasangan dan bahagia. Kata ummi dia mahu menimang cucu seperti rakan-rakan sebaya. Buntu juga dia kala itu jika di ikutkan bukan dia tidak kacak dan berupa namun baginya kebanyakan perempuan suka akan dirinya kerana paras rupa dan melihat pada kewangan dan harta yang dia ada. Ada juga dia bergurau dengan ummi biar adik-adiknya yang berkahwin dahulu. Muncung ummi merajuk, kerana menunggu Aida yang baru habis SPM dan Aiman yang akan menduduki peperiksanan SPM tahun ini entah bila dia dapat menantu dan menimang cucu.

"Man, cari la menantu untuk ummi, Man kan handsome,anak ummi ini rupa macam Shah Rukh Khan versi putih dan tinggi. Takkan la takde seorangpun terpikat atau memikat?'.tergiang usikan kata-kata ummi tempoh hari.Ikutkan memang ada yang dia terpikat cuma si gadis tidak mengenali dirinya kini.25 tahun tidak bertemu dan berhubung, mana mungkin dia mengenali diri ini. Lagi la dulu dia bertubuh gempal dan pendek semasa kecil.Teman sepermainan semasa tinggal di Batu Gajah,Perak, bergubang di lombong ,mandi di parit, bermain masak-masak dan kahwin-kahwin juga berjalan ke sekolah sama-sama. Indah waktu itu, walau hanya empat tahun di sana kenangan itu tidak dapat di lupakan. Teringat 7 tahun lepas, dia pulang ke kampung kerana menguruskan hal pusaka arwah tok wannya.Dia ada mengunjungi rumah si gadis pujaan, di tanya khabar pada kedua ibubapa si gadis.Dikhabarkan si dia sudah berumah tangga 3 tahun sebelumnya.Kata orang tuanya dia mengikuti si suami pindah ke Selangor.Selalu juga mereka melawat dia di sana.Bila mengetahui khabar itu dia tidak lagi mengikuti atau mengambil tahu kisah si gadis, agak patah hati kerana lama juga si dia menjadi pujaan hati dalam senyap. Dia tidak pernah pulang untuk berjumpa si dia kerana setelah di bawa tinggal bersama, tok wan dan mak tok juga ikut serta, ummi sangat indah peribadi diri.Dia menjaga tok wan dan mak tok yang uzur sehingga habis usia mereka. Namun sejak sebulan yang lalu dia telah berjumpa kembali dengan si gadis yang sangat-sangat memberi kesan pada hati dan dirinya.Namun gadis itu ,kelihatan sendiri dan komited pada kerja.Tidak pernah sekali pun si dia bertanya atau membantah apa saja tugas di berikan walau bukan pada waktu pejabat atau hujung minggu.Dia masih tertanya-tanya status si dia.Dia dapat mengenali si gadis dengan sekali pandang sahaja semasa mereka bertembung di lif menuju ke pejabat ayahnya. Si gadis di lihat agak sibuk ,mungkin mengejar masa. Manis rupa parasnya masih tidak berubah wajahnya waktu kecil sentiasa tersenyum menampakkan lesung pipit di pipi dengan faktor usia wajahnya nampak sedikit matang namun masih nampak cute dengan tubuh yang kecil dan genit.Diam-diam dia mencuri pandang wajah si dia. Si dia langsung tidak menunjukkan yang dia berminat untuk menoleh walau sedikit padanya. Gadis dan wanita lain ada juga mencuri pandang padanya. Seakan-akan dia tidak wujud langsung di situ, si gadis berlalu pergi sebelum dia sempat menyapa.

Dia kembali ke Malaysia setelah hampir sepuluh tahun bekerja di London, bekerja mencari pengalaman menjadikan diri lebih baik dan membawa cara kerja dari sana. Di sebabkan ummi sakit juga permintaanya agar dia sentiasa ada di sisi, Arman pulang bagi menerajui syarikat Damai Sutra membawa bersama usahasama syarikat Nigel Architects yang masih memerlukan idea dan yakin dengan kemampuan beliau. Di sebabkan itu, dia sangat-sangat sibuk kerana ada dua syarikat yang harus di terajui dan agak banyak projek sedia ada dan juga projek usahasama yang telah di perolehi dan harus di selesaikan mengikut peruntukan masa yang di beri.Mahu di serahkan pada orang yang boleh di percayai dia masih tidak punya orang sebegitu di Damai Sutra. Mungkin bulan depan dia boleh mencari dan memilih pegawai yang sesuai untuk tugasan-tugasan yang memerlukan tindakan segera dan dalam masa sama mengurangkan bebanan kerja ke atas setiausahanya. Namun dia sangat salute dengan Lyn yang sehabis boleh menyiapkan semua tugasan diberi tanpa banyak karenah dan agak pintar.Tidak sia-sia dia memilih Lyn menjadi setiausaha. Jam sudah 7.00 pagi, dia harus bergerak menuju ke pejabat agar tidak terlewat untuk mesyuarat.