Chereads / CEO itu bukan bos aku. / Chapter 4 - 'Hai awak?

Chapter 4 - 'Hai awak?

Syukur sampai juga kerumah dengan selamat. Jam di dinding menunjukkan jam 12 malam. Sumpah sudah berapa lama tidak pernah lagi Lyn pulang lewat sebegitu,kali terakhir mungkin 3 tahun lepas semasa masih berteman. Duduk sebentar merehatkan diri di ruang tamunya,memandang bingkai-bingkai gambar kenangan lampau buat tatapan kala hati rindu terubat mengimbau kembali kenangan selama sepuluh tahun melayari bahtera rumah tangga. Walau sudah tiga tahun berlalu wajah lucu dan mengoda arwah Afiq masih lagi bertahkta di hati dan jiwanya. Kematian suami pada tiga tahun lepas, memberikan impak yang sangat terkesan pada dia. Hampir setahun Lyn mengurung diri di rumah mencari kekuatan untuk bangkit semula meneruskan kehidupan tanpa suami di sisi.Sekarang dia sudah makin sembuh dengan tekad untuk tidak bersedih seperti permintaan arwah yang mahu dia terus ceria seperti masa-masa bahagia mereka bersama.Tiba-tiba kedengaran bunyi deringan yang kuat dari telefon tangannya yang berada dalam beg tangan yang diletakkan di sebelah.. Ring...Ring...bunyi minta di sambung, melihat di screen terpampang nama 'Suhana BFF'. Di angkat dan suara di hujung sana memberikan salam. "Assalamulaikum sayang, kenapa tak call hari ini? busy yer?",lembut suara Suhana bertanya khabar Lyn pada hari itu. Memang setiap hari tanpa jemu sahabat itu akan menelefon bertanya khabar."Sorry Ana, Lyn ingat nak call jam 10 malam tadi tapi busy sikit CEO Lyn bagi tugasan jam 9.30 malam tadi, kebetulan Lyn kat Mall KLCC patah balik office siapkan kerja....",Lyn laju berkongsi detail harian dia bersama sahabatnya seperti hari-hari biasa mereka."Habis Lyn dah makan ke belum?",sampuk Suhana pula."Sudah.Makan subway feberet Hakim",laju Lyn membalas."Hakim dah tidur, tadi dia tanya bila auntie dia nak jumpa makan dengan dia.Hakim siap pesan kat Ana suruh Lyn datang tidur kat rumah weekend ini.Daddy dia outstation so rumah ini kami berdua je",pelawa Suhana kerana sudah agak lama Lyn tidak hang out bersama.

Sejak Lyn bertukar ke department baru memang langsung mereka tidak menghabiskan masa seperti biasa. Bila sahaja janji temu di atur ada sahaja tugasan tanpa jangka. Kesian Hakim rindu akan auntie feberet untuk bermain dan bermanja. Sejak sedari kecil Hakim memang sangat rapat dengan Lyn dan arwah Afiq.Mungkin kerana mereka tidak di kurniakan zuriat sendiri jadi mereka memberikan kasih dan sayang kepada anak saudara dan anak teman baik mereka. Sejak ketiadaan Afiq, Lyn banyak menyendirian cuma sejak dua tahun ini dia seperti sudah punya kekuatan untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Gembira dengan keputusan Lyn yang mahu mencari kelainan dari kehidupan lalu. Lyn telah bertukar kerja juga berpindah ke rumah baru. Rumah kepunyaan mereka berdua di Puncak Alam di jual dan dia membeli rumah apartment di Subang berdekatan rumah Suhana dan ibubapa Afiq. Menurut Lyn mudah berulang-alik dan di Subang transportation awam lebih senang dan banyak facility.Memang keputusan yang di buat Lyn sangat tepat kerana dia sekarang telah dapat mengawal emosi dan lebih berdikari. Di syarikat baru dia bekerja dia,hanya pegawai sumber manusia yang berkaitan sahaja tahu status dia sebagai balu. Tiada yang bertanya terus kepada lyn kerana Lyn juga tidak rajin bergosip walau peramah dan bergaul hanya topik-topik positif yang dia suka selebihnya, selalu dia menjauh dengan menyibukkan diri dengan kerja. Hujung minggu selalunya dia beriadah hiking bersama group yang di sertai setahun lalu atau pulang ke rumah ibubapa Afiq. Ibu Lyn telah meninggal dunia empat tahun di ikuti abahnya setahun kemudian. Kerana itu bila Afiq pergi meninggalkan dia, keadaanya emosi dia agak parah dan dirinya kurang stabil hingga terpaksa di bawa berjumpa pakar psikologi untuk kauseling. Hampir setahun berubat ,allhamdullilah dia sembuh sepenuhnya dengan sokongan mama dan papa (ibubapa arwah Afiq) serta sahabat sekeliling. Di sebabkan itu, sememangnya topik yang sensitive buat Lyn tidak pernah di tanyakan atau di bincang dengan Lyn hanya yang basic dan boleh membawa nilai-nilai positif sahaja.

Mujur Lyn tinggal di bandar,kurang sedikit makcik-makcik membawang. Kalau di kampung mungkin tekanan jiwa lebih parah.

Selesai berborak dengan Suhana, jam sudah menujukan jam 1 pagi,mata Lyn sudah layu dan mula tertutup rapat tanda waktu tidur. Lyn menyiapkan diri untuk tidur dan alarm di kunci untuk esok hari. Kena double check alarm takut kesiangan. 'Selamat malam dunia',ucap Lyn di dalam hati.