'Paradoks Ruang-Masa!' Tidak kira betapa tenangnya Ketua Pemerintah Kebinasaan, wajahnya berubah apabila melihatkan teknik ini. 'Bagaimana dia boleh tahu teknik ini? Orloff sudah pun bersumpah atas nama Mahadewa. Dia tidak mungkin melanggarinya.'
'Wodred! Apakah yang berlaku?!' Satu suara jelas kedengaran dalam mindanya. Itu merupakan suara Ketua Pemerintah Kematian. Masa berlalu dan berdasarkan bagaimana cepatnya Pemerintah mampu menyebarkan maklumat sesama mereka, semakin ramai Pemerintah yang datang ke ruang huru-hara. Terdapat lebih daripada empat puluh orang Pemerintah yang menyaksikan pertempuran ini!