Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 787 - Melawat Semula Satah Ketuhanan Cahaya

Chapter 787 - Melawat Semula Satah Ketuhanan Cahaya

Linley berulang kali menarik nafas. Dadanya menaik dan menurun seperti semarak relau… Selepas itu, dia kembali tenang.

'Memandangkan Augusta sudah pun berjanji kepada Ketua Pemerintah Takdir, Orloff, dia pastinya akan bertindak sepenuh daya. Tidak hairanlah dia sentiasa melindungi Bidadari Bersayap Dua Belas dan jarang membenarkan mereka keluar menjalani misi.' Renungan Linley begitu jelas. 'Ibu aku seharusnya Bidadari Bersayap Dua Belas. Enam ratus tahun yang lalu, jika aku tidak masuk campur, beliau pastinya sudah dihantar ke Perang Satah!'

Linley berkerut seketika, kemudian berbisik. 'Enam ratus tahun yang lalu…'

Berhubung dengan Augusta, Linley pastinya mahu membunuhnya tidak kiralah demi Beirut atau puak Empat Makhluk Suci. Asalnya, Linley merancang untuk menunggu sehingga kuasanya meningkat sebelum dia membunuh Augusta. Dia bukan sahaja menyempurnakan keinginan Beirut dan puak Empat Makhluk Suci, dia juga mampu menyelamatkan ibunya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS