Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 785 - Bidadari Bersayap

Chapter 785 - Bidadari Bersayap

"Hei Atuk Beirut, mengapa empat orang ketua puak ada di sini?" Linley memandang ke arah Beirut, terpinga-pinga.

Indera suci Linley dengan mudah mengesan Gislason dan tiga lagi berada di dalam kediamannya. Cuma, mereka berada di taman timur kediamannya.

"Oh, tentang itu…" Beirut berkata penuh janggal. "Linley, ketika kamu pergi membunuh Augusta, saya ingatkan perkara ini akan selesai tanpa halangan dan saya juga tahu… Gislason dan yang lain sentiasa mahu membalas dendam untuk empat moyang mereka. Oleh itu, saya beritahu mereka dari awal agar mereka berasa gembira tentang perkara ini."

Linley tergamam. Dia tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis.

"Adakah mereka… menunggu khabar gembira daripada saya?" Linley benar-benar tidak tahu sama ada dia seharusnya ketawa atau… melakukan sesuatu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS