Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 752 - Kota Hati Singa

Chapter 752 - Kota Hati Singa

Ketika Bebe melihat orang tua berambut merah darah itu pergi, dia mencebikkan bibirnya. "Orang tua itu sudah begitu lama di dalam satah duniawi. Pandangannya terlalu sempit dan terbatas. Dia juga seorang yang dungu. Dia sebenarnya hanya mahu bergabung dengan cetusan ketuhanan."

"Dia bukannya dungu sebaliknya dia seorang yang bijak."

Linley ketawa. "Satah Okerlund mempunyai populasi yang besar dan telah melahirkan agak ramai Betara. Besar kemungkinan, orang yang berada di sini mempunyai beberapa darjah pemahaman berhubung dengan Alam Neraka, Alam Roh, Alam Syurga dan tempat-tempat lain. Pergi ke Alam Neraka merupakan bentuk penderitaan kecuali mereka mampu mencapai Iblis Enam Bintang atau Iblis Tujuh Bintang. Orang tua itu tadi, di Satah Okerlund merupakan pakar terulung. Dia boleh menikmati hidup dan bersenang-lenang. Mengapa perlu ke Satah Tertinggi?"

Bebe tergamam. Kemudian, dia mengangguk. "Itu benar juga."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS