Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 715 - Ayah dan Anak

Chapter 715 - Ayah dan Anak

Mata Hogg berair. Tubuhnya menggigil akibat terlalu teruja. Dia memandang dengan teliti pemuda yang dikenalinya itu.

Dia memandang keningnya… sepasang matanya… hidungnya…

Pada masa yang sama, dia membandingkannya dengan Linley yang muda dalam ingatannya.

"Linley, benar… Benar ini kamu?" Suara Hogg parau dan matanya menjadi merah.

"Ini saya, Ayah. Memang saya!" Linley tidak sabar mahu membuktikan dirinya. "Ayah, ingatkah Ayah dulu ketika kita di dalam dewan moyang, Ayah meminta saya memberi penghormatan kepada moyang puak kita? Adakah Ayah ingat bagaimana Ayah menguji Darah Naga dalam tubuh saya? Kemudian… saya beritahu Ayah yang saya mempunyai tiga sahabat baik di institut. Dua daripada mereka berada di sini!"

Linley lantas menunjuk ke arah Yale berhampiran. "Lihat, di sana. Itulah Yale, Konglomerat Dawson. Di sana pula adalah George Empayar Yulan!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS