"Encik Leylin?" Walaupun terkejut dan gembira, Linley berasa bingung. Suatu ketika dahulu, Bluefire telah memberinya bimbingan dan oleh sebab itu, dia memandang Bluefire sebagai seorang yang sangat berkuasa.Hal ini demikian kerana, ketika itu Linley masih muda, dia masih seorang yang lemah. 'Sekarang ini, aku sudah menjangkaui tahap sederhana dalam kalangan komander! Komander biasa tidak mampu melakukan apa-apa terhadap aku. Namun serangan daripada Encik Leylin sebentar tadi…? Apakah tahap kuasa sebenar yang telah dicapainya?'
Linley tidak tahu sama ada serangan itu merupakan serangan ringkas atau serangan sepenuh kuasa daripada Bluefire!
"Linley, Bebe, sudah lama kita tidak berjumpa." Bluefire tersenyum sambil berjalan ke arah mereka.