Isi perbualan tersebut begitu memeranjatkan. Lebih daripada sepuluh Iblis Tujuh Bintang dalam satu pertempuran dan enam daripada mereka menggunakan Kuasa Pemerintah? Pertempuran berkumpulan antara pakar terulung begitu jarang sekali berlaku. Malah, jika ia berlaku sekalipun, rakaman nujum pertempuran sebegitu jarang sekali tersebar.
'Mana mungkin ia adalah Linley?' Salomon benar-benar tergamam.
Namun daripada isi perbualan tersebut, Salomon mendapati 'Linley' yang dibincangkan merupakan ahli puak Naga Lazuardi. Linley yang dikenalinya juga ahli puak Naga Lazuardi! 'Adakah memang benar dia?' Salomon tidak berani untuk mempercayainya. 'Dia hanyalah Dewa Penuh. Mana mungkin dia boleh membunuh lima Iblis Tujuh Bintang? Mustahil. Mustahil!!!'
Seorang pakar membunuh lima Iblis Tujuh Bintang? Pencapaian sebegini begitu menakutkan.
Pada pandangan Salomon, tidak kira berkuasa manapun Linley, tidak mungkin dia mencapai tahap sebegitu.