Phusro, Gislason dan yang lain terkelu buat seketika.
"Atuk!"
Pada saat ini, Bebe lantas menjelaskan dan wajahnya dipenuhi kegembiraan. "Saya tahu mengapa mereka semua berasa bingung. Hal ini demikian kerana, semua orang mengatakan… menurut legenda, hanya Dewa Tertinggi yang sudah menjadi Paragon yang mampu mengawal Kuasa Pemerintah dengan sempurna."
Beirut memandang semua orang di dalam bilik tersebut.
"Legenda… kamu tahu itu semua hanyalah legenda, bukan?" Beirut ketawa tenang. "Dewa Tertinggi Paragon mampu melakukannya tetapi tidak semestinya Dewa Tertinggi yang lain tidak mampu melakukannya? Fikiran kamu semua terlalu cetek!"
Lagipun, legenda tidak lebih daripada legenda!
Realiti tidak semestinya sama dengan legenda.