Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 564 - Kolam Naga

Chapter 564 - Kolam Naga

Langit gelap dan matahari sudah pun terbenam.

Malam ini, Pembaptisan Moyang akan bermula. Di dalam gaung di Gunung Skyrite, Linley begitu sabar menunggu. Tidak lama kemudian, Linley melihat pahlawan berperisai lazuardi terbang di udara.

"Siapa Linley?!" Pahlawan berperisai lazuardi itu menjerit.

Hati Linley terus melonjak gembira. Dia lantas bangun dan menyapa lelaki tersebut.

"Saya Linley." Linley ketawa. Pahlawan berperisai lazuardi itu menjeling ke arah Linley. Selepas meneliti seketika dia berkerut lalu menempik, "Berhenti bergurau. Semua orang yang pergi ke Pembaptisan Moyang berusia kurang dari seabad. Kamu merupakan Dewa Penuh. Adakah kamu berusia kurang dari seabad? Cepat, panggil Linley keluar."

Linley tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis. Nampaknya dia dianggap sebagai penyamar.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS