Begitu banyak raksasa batu kecubung yang berlari, mengejar mereka sehingga setiap gunung yang dilepasinya mula bergegar dan bergoncang. Beribu-ribu tempikan kedengaran dan bergema seperti kilat. Walau bagaimanapun, suara yang paling lantang ialah teriakan nyaring yang memecahkan langit. "Budak-budak semua, cepat kejar mereka. Cepat!!!"
Kumpulan Linley memalingkan kepala mereka. Mereka semua tahu suara teriakan itu merupakan suara raksasa kecil batu kecubung.
Linley berlari sepantas kilat, meluncur ke hadapan seperti meteor apabila dia bergegas merentasi kawasan lapang Gunung Batu Kecubung. Ada kalanya dia melompat ke bawah dari cenuram gunung dan kadangkala dia menggunakan cakar dan kaki naganya untuk mendaki gunung dengan pantas. Mustahil seseorang boleh terbang disebabkan graviti Gunung Batu Kecubung yang begitu berkuasa.
'Cepat, cepat!!!' Linley menjerit cemas menerusi indera sucinya sewaktu melarikan diri.