Di dalam gua besar yang gelap-gelita. Dalam dewan utama yang kosong.
Tiga Linley sedang duduk dalam posisi tafakur. Masing-masing berpakaian jubah kuning labuh, jubah hijau terang dan jubah biru langit. Apa yang peliknya, Linley yang berjubah kuning labuh kelihatan seperti sedang merentas jarak ke sana sini dan sesekali muncul di kawasan yang berbeza-beza di serata dewan utama itu.
Estet gua besar ini telah dibina oleh Linley menggunakan pedangnya. Dinding dan lantai gua penuh dengan kesan calar pedang.
Semasa Linley dan Delia sedang berlatih, Bebe berasa amat bosan.
"Latihan ini amat sukar."
Bebe hanya duduk di lantai dewan utama. Dia menyandarkan tubuhnya pada sebuah batu. Kepalanya didongakkan dan tangannya memegang topi jerami kepunyaannya. "Mengapa aku begitu susah mahu berlatih? Kan bagus kalau aku seperti Bos. Dia bahkan tersenyum semasa sedang berlatih!" Bebe mengomel sendirian sambil menyaksikan ketiga-tiga Linley di hadapannya.