Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 483 - Menyiasat

Chapter 483 - Menyiasat

Linley, Salomon dan lain-lain lenyap dari meja bulat dan muncul di tingkap lut cahaya. Mereka semua memandang ke luar melalui tingkap lut cahaya itu…

Di tengah udara, terdapat seratus kelibat berdiri. Ketua mereka merupakan seorang lelaki bertubuh kurus tinggi dengan rambut beruban serta mempunyai wajah yang begitu tampan. Dia kelihatan seperti seorang pemuda yang menggalas pedang di belakangnya.

'Menggalas pedang di belakang?' Linley kebingungan.

Di Alam Neraka, segelintir pakar sahaja yang akan membawa senjata di tubuh mereka. Kebanyakan pakar akan menyimpan senjata mereka di dalam Cincin Antara Ruang.

"Terlalu ramai Dewa Tertinggi!" Wajah pemuda tampan itu berubah sedikit. Sebagai ketua kepada kumpulan perompak yang sangat terkenal di kawasan seluas sejuta kilometer, dia tahu kafilah mana yang boleh dirompak dan kafilah mana yang tidak boleh dirompak.

"Tuan, perlukah kita menyerang?" Dewa Penuh di belakangnya bertanya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS