Cesar yang turut berada di situ menghabiskan wainnya dengan sekali teguk. Dia berkata, "Pergi ke Alam Neraka? Adkins dan semua Dewa Penuhnya sudah mati sementara Tuan Beirut pula hanya membenarkan Tuan Bluefire memasuki Nekropolis Dewa. Jika begitu, saya ikut kalian jugalah."
Dewa Perang dan Paderi Tertinggi hanya mendiamkan diri tetapi semua orang tahu Dewa Perang akan mengikut Tarosse.
"Linley, bagaimana dengan kamu?" Cesar memandang ke arah Linley. "Marilah ikut kami. Tiada apa lagi yang menarik di benua Yulan."
"Saya?" Linley mengerling Delia di sisinya kemudian ketawa memandang Cesar. "Tiada apa yang mahu saya kejarkan. Kamu semua sudah berlatih selama beribu tahun sementara latihan saya pula belum pun mencecah seratus tahun. Lagipun, Bebe masih lagi berada dalam Hutan Kegelapan."
"Sayangnya," keluh Cesar.
Tarosse, Dylin, Dewa Perang dan Cesar mula berbual tentang Alam Neraka.