Pemandangan di Gunung Copper Gong amat cantik. Di tengah-tengah lembah yang dalam dan sunyi itu, ada sebuah air terjun dan kolam di bawahnya. Linley dan Bebe telah membina dua buah rumah batu yang kini menjadi tempat tinggal mereka. Linley tidak mahu mengganggu Tuan Gunung Copper Gong. Cukuplah dia sudah memberi Linley petunjuk.
*Deram-derum…*
Air terjun menghempas permukaan kolam yang dalam di bawahnya bagaikan butiran mutiara-mutiara putih.
*Wushh* Air kolam melimpah keluar membentuk anak-anak sungai kecil. Linley duduk dalam posisi tafakur di tebing kolam itu beralaskan rumput-rumput menghijau. Tubuh asalnya mula bertenang dan menumpukan perhatian pada Mendalami Misteri Intipati Tanah. Tubuh klonnya pula terus menganalisis Hukum Unsur Angin.
'Aku tidak pernah menumpukan sepenuh perhatian pada intipati unsur seperti ini sebelum ini.'
Linley membebaskan kesemua tenaga spiritualnya, lalu menggabungkannya ke dalam setiap zarah intipati unsur tanah.