Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 433 - Latihan Hukum Unsur

Chapter 433 - Latihan Hukum Unsur

Selain lelaki botak bernama Burgess itu, dua daripada tiga orang yang berada di dalam manor itu kelihatan begitu ramah. Cuma, pemuda di tengah paling menarik perhatian mereka. Dia memiliki rambut hitam yang panjang dan kening yang kemerah-merahan.

"Adik ketiga, dua pemuda yang ingin kamu ketemu sudah berada di sini," kata lelaki botak ketika melangkah masuk. Lelaki dengan kening kemerah-merahan itu memandang ke arah Linley dan Bebe. Renungannya terhenti sebentar pada Bebe. Kemudian berkata seraya ketawa, "Kamu berdua, sila duduk."

Dia bercakap sambil menunjuk ke arah kerusi di hadapannya.

"Terima kasih, tuan." Linley dan Bebe berkata sopan dan mereka pun duduk di atas kerusi di hadapan lelaki kening kemerah-merahan.

"Abang Pertama, Abang Kedua, kamu berdua boleh uruskan hal kamu. Saya ingin berbual secara peribadi dengan dua pemuda ini," ujar lelaki kening kemerah-merahan itu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS