Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 424 - Dewa Tertinggi yang Tidak Terkalahkan

Chapter 424 - Dewa Tertinggi yang Tidak Terkalahkan

'Kemenangan tidak mustahil?' Linley agak bingung.

Selepas bercakap, Beirut hanya duduk di situ, memerhatikan Linley dengan senyuman di bibirnya. Linley akhirnya faham apabila menyedari ekspresi pada wajah Beirut. Dia ketawa mengejek, "Tuan Beirut, adakah kamu cuba memberitahu saya supaya mengelak daripada bertempur dengan Betara yang lebih mahir daripada saya?"

Beirut mengurut janggutnya lantas menghamburkan tawa. "Ya."

Linley rasa tidak berdaya.

Adakah dia Separa Dewa yang begitu unggul? Linley tidak berasa yakin untuk berkata sedemikian.

Adakah lawannya merupakan Dewa Penuh yang lemah? Ini juga sukar untuk ditentukan.

Justeru itu, walaupun secara teori, Separa Dewa mampu membunuh Dewa Penuh, realitinya, peluang untuk berjaya itu sangat rendah kecuali Dewa Penuh itu sudah cedera parah dan nyawa-nyawa ikan kerana lazimnya, Dewa Penuh hampir tidak pernah dibelasah oleh Separa Dewa.

Beirut berdiri lantas berjalan ke pintu bilik bacaan.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS