Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 423 - Mendalami Misteri Tinggi dan Rendah

Chapter 423 - Mendalami Misteri Tinggi dan Rendah

"Uhh…" Bebe berhenti lalu memandang penuh keliru ke atas bahu Linley.

Linley lantas menghamburkan tawanya. "Kamu masih mahu berdiri di atas bahu saya?" Dahulu, Bebe sering bertenggek di atas bahu Linley. Akan tetapi, Bebe dalam rupa manusia sekarang walaupun badannya setinggi 1.7 meter.

Meskipun genit, dia masih tidak boleh berdiri di atas bahu Linley seperti sebelum ini.

Linley meneliti rupa manusia Bebe. Bebe kelihatan genit dan halus. Cuma, matanya kelihatan ceria dan nakal seperti sebelum ini. Bebe ketawa kecil lalu mengusap rambutnya yang panjang seinci itu. Dia mengangkat kepalanya seraya berkata, "Bos, bagaimana gaya rambut saya? Lama saya fikir tentang gaya rambut saya, sebelum menjadi Betara lagi."

Linley tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis.

"Saya sebenarnya ada buat sesuatu ketika terbang ke sini dari Hutan Kegelapan." Bebe sengaja berkata dengan penuh misteri.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS