Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 399 - Memikul Tanggungjawab yang Berat

Chapter 399 - Memikul Tanggungjawab yang Berat

Keberangkatan mengejut Linley memeranjatkan penghuni Istana Darah Naga.

"Ayah, adakah pak cik pergi hanya kerana ingin mencari…" Tanya Cena lembut.

Walaupun bicaranya tidak diteruskan, semua orang di dalam dewan mengerti. Mereka juga mengesyaki dalang di sebalik kemunculan banyak kota mati di Empayar Rohault ialah seorang Betara. Jika Linley akan bertarung dengan Betara yang lain, apa agaknya keputusannya nanti?

"Saya sudah masak dengan perangai abang." Wharton mengerutkan keningnya. "Walaupun dia tidak gemar untuk masuk campur dalam perkara yang bukan urusannya, dia takkan sesekali mengabaikan tanggungjawabnya."

Benar. Tanggungjawab Linley!

Semua orang di dewan itu mengangguk setuju. Termasuk Delia.

Sekarang ini, selain daripada Betara manusia yang pergi ke Nekropolis Dewa, hanya Linley dan Desri saja Betara manusia di benua Yulan. Sebagai Betara, Linley dan Desri benar-benar berdiri di puncak manusia jagat di dataran itu. 

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS