Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 326 - Beirut

Chapter 326 - Beirut

Sihir Ilmu Ghaib. Sihir Kehidupan. Sihir Ramalan. Semua sihir ini memiliki misteri yang tersendiri.

Walau bagaimanapun, pakar-pakar Empat Satah Tertinggi tahu Sihir Ramalan merupakan sihir yang paling menakutkan dan paling tidak dapat diramal dalam ketiga-tiga sihir tersebut. Hal ini demikian kerana, serangannya terlalu aneh. Tambahan pula, Sihir Ramalan berasal daripada Mahadewa Takdir, salah seorang daripada empat Mahadewa.

Hukum Takdir berasal daripada Mahadewa dan Sihir Ramalan yang diwariskan sangat mendalam dan penuh misteri.

"Alamak!" Kumpulan Desri, Hayward dan Higginson akhirnya tiba tetapi mereka mendengar perkataan yang baru disebut oleh Heidens, "Pemusnah… Kehidupan!"

Tiba-tiba, sejenis tenaga halimunan menyelubungi Linley dan dia terkaku, tidak mampu untuk bergerak. Tenaga halimunan dan aneh ini menepis semua halangan dan menyerang terus ke dalam kesedaran dan juga jiwa Linley. Apa yang paling penting bagi seseorang ialah jiwanya!

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS