Linley mendarat di tebing tasik. Dia berasa sungguh teruja dan memandang Delia. Air mata gadis itu bergenang. Dia tergerak hati untuk menarik Delia ke dalam pelukannya. Namun begitu, dia hanya berdiri di hadapan Delia. Mulutnya seperti ingin mengucapkan sesuatu tetapi dia tidak tahu apa yang harus diucapkannya.
Banyak yang ingin diperkatakan oleh Linley tetapi lidahnya kelu.
"Linley, kamu langsung tidak berubah." Delia ketawa. Dia yang memulakan dulu dengan menghulurkan tangannya ke arah Linley.
Linley tergamam seketika melihat tangan yang putih dan kecil itu. Delia menjeling Linley dengan hujung matanya. "Hey, si Dungu, adakah kamu mahu saya gunakan Teknik Terbang untuk ke tengah tasik?" Jarak antara Delia ke tengah tasik sejauh beberapa meter. Delia tidak akan sampai ke tengah tasik jika dia tidak menggunakan Teknik Terbang.