Maharaja Rande tersenyum ke arah Delia. "Delia, sudah lama Beta tidak melihat kamu. Kamu tidak lagi melawat istana sejak kamu pulang dari Empayar O'Brien." Usia Maharaja Rende tidak jauh beza dengan Delia dan hubungan mereka juga agak baik.
"Tok Guru sangat tegas. Saya perlu berlatih keras dan pelajari sihir." Delia berpura-pura seolah-olah dipaksa.
Maharaja Rende ketawa.
Pada ketika ini, Hatton, si Beruang Alam berkata kepada Maharaja Rende, "Hei, rambut biru. Tuan saya benarkan kamu masuk." Beruang Alam sedikit pun tidak bersopan dalam kata-katanya tetapi Maharaja Rende langsung tidak ambil hati. "Sang Kuning, jika kamu tidak mahu memanggil Beta sebagai 'Tuanku' sekalipun, sekurang-kurangnya kamu boleh panggil Beta 'Rende'. Sekurang-kurangnya, Beta boleh menjaga air muka Beta."
"Adakah nama Sang Kuning suatu panggilan yang kamu boleh guna sesuka hati?" Beruang Alam memalingkan kepalanya yang besar dan berbulu. Ia kelihatan sangat angkuh.