Lewat malam. Di dalam bilik bacaan yang sunyi, terdapat sebuah meja dengan lampu menyala di atasnya, berkerlip dengan cahaya malap.
Di meja itu, ada seorang lelaki bertubuh kurus dan berhidung mancung dengan rambut panjang berwarna violet. Lelaki ini sedang menyelak sebuah buku yang tebal. Di bawah cahaya malap itu, penampilan lelaki berhidung mancung ini tidak dapat dilihat dengan jelas. Tetapi pada ketika iniโฆ *Tuk, tuk tuk.* Bunyi ketukan pintu.
"Masuk." Lelaki berhidung mancung itu sedikit pun tidak mengangkat mukanya, malah berterusan menyelak helaian demi helaian buku tersebut.
*Kraak.* Pintu terbuka dan seorang lelaki pertengahan umur berambut emas dan berwajah tampan melangkah masuk. Sebaik sahaja melangkah masuk, dia menutup pintu dan menunduk dengan hormat. "Tuan Praetoria, pasukan Linley sudah pun mengambil alih Kota Wilayah Moat."
Lelaki berhidung mancung ini merupakan Praetoria Tribunal Keagamaan Gereja Cahaya yang cukup mengagumkan. Osenno.