Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 275 - Menubuhkan Pangkalan di Tanah Anarki

Chapter 275 - Menubuhkan Pangkalan di Tanah Anarki

Linley bertukar menjadi Pahlawan Berdarah Naga lalu mula mencari jejak Reynolds bermula dari Sungai Bonai sehingga ke sempadan Kota Neil. Linley berhati-hati mengesan kawasan persekitaran. Agak kerap juga Linley berehat untuk memulihkan kembali tenaga spiritualnya.

Dia menghabiskan masa enam hari enam malam mencari dan melihat di kota-kota berhampiran.

Walau bagaimanapun…

Dia tidak menemui Reynolds.

"Tuan Linley, jangan risau. Sebaik sahaja Konglomerat Dawson menemui Tuan Muda Reynolds, kami akan memastikan dia selamat tiba di rumah."

Penyelia Konglomerat Dawson di salah sebuah kota wilayah sempadan Empayar Rohault berkata penuh hormat kepada Linley.

Linley mengangguk kecil.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS