Jika Reynolds masih hidup, dia mahu berjumpanya. Jika Reynolds sudah mati, dia mahu melihat mayat Reynolds!
Linley mendapat tahu daripada Yale bahawa mayat Reynolds telah dibawa pergi oleh pihak musuh. Dalam perjalanannya ini, tidak kira apa sekalipun, dia perlu membawa pulang mayat sahabatnya. Namun, sebelum itu, Linley perlu singgah di Kota Neil terlebih dahulu. Lagipun, askar-askar Kota Neil tentu tahu apa yang sebenarnya berlaku pada hari Reynolds dibunuh.
"Bos, jangan patah hati sangat." Bebe berkata lembut.
Linley memandang kaki langit di kejauhan kemudian berpaling memandang Bebe, memaksa dirinya mengukir senyuman. "Bebe, saya baik-baik sahaja." Ekspresi Linley dalam Rupa Naganya sukar untuk dilihat, yang nampak hanyalah hujung bibirnya yang melengkung ke atas.
Selepas terbang buat seketika, Kota Neil yang jauh itu kelihatan di tengah-tengah kawasan sunyi.
"Kita sudah sampai." Suhu sekeliling Linley tiba-tiba menurun.