Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 270 - Wilayah Pentadbiran Tenggara

Chapter 270 - Wilayah Pentadbiran Tenggara

Maharaja Johann duduk di atas bangku di dalam taman bunga istana empayar dengan rasa sangat tidak berdaya. Wajahnya kelihatan lemah dan pucat. Matanya terpejam dan dia langsung tidak bersuara. Satu-satu perkara yang boleh dilakukan oleh pengiring istana yang ada di situ ialah menguruskan keperluannya dengan baik. Pengiring istana itu kebingungan. 'Sebentar tadi, angin tuanku baik-baik saja. Tetapi selepas berbual dengan Tuan Linley, tuanku berubah seperti ini?'

Mata Maharaja Johann tiba-tiba dibuka.

"Sampaikan titah Beta ini. Marquis Jeff akan ke Wilayah Pentadbiran Pusat dan menyertai Legion Jacques di sana. Arahkan Komander Legion Lace memberi tugasan yang mudah kepadanya. Marquis Jeff tidak dibenarkan pulang ke ibu kota empayar kecuali dalam beberapa keadaan khas," Maharaja Johann bertitah dengan tenang. Dia benar-benar tidak mahu melihat Marquis Jeff lagi. Marquis Jeff akan mengingatkannya kepada Putera Julin setiap kali dia melihatnya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS