Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 257 - Pertemuan selepas Sepuluh Tahun

Chapter 257 - Pertemuan selepas Sepuluh Tahun

"Linley dan Haydson?" tanya Tuan Longhaus dengan nada terkejut.

Marquis Jeff mengangguk beberapa kali. "Ya. Dua malam lepas, Tuan Olivier cedera teruk disebabkan Tuan Haydson hingga dia masih berada dalam koma. Tak lama selepas itu, Tuan Haydson mencabar Tuan Linley."

Lenggok bahasa Marquis Jeff dan Scott menunjukkan rasa tidak puas hati kerana mereka merasakan tindakan Haydson agak melampau.

"Haydson dikenali sebagai pakar tahap Dewa yang paling kuat. Jika dia mampu mencederakan Olivier sehingga lelaki itu koma, bermakna dia layak menerima gelaran itu. Tak kira betapa genius Linley sekalipun, dia baru berumur 27 tahun…" Tuan Longhaus juga berasa tidak puas hati.

Dia tahu anak muridnya, Delia, menyukai Linley. Jadi dia juga berpihak kepada Linley.

"Olivier cedera hingga koma?" Mata Delia berapi-api. "Bagaimana dia boleh berada dalam keadaan koma selepas menerima rawatan sihir unsur cahaya?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS