Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 247 - Pilihan

Chapter 247 - Pilihan

"Penyelia Satah?"

Linley segera memahami apabila mendengar jawatan tersebut. Istilah 'penyelia' mengandungi dua elemen, iaitu 'mengawasi' dan juga 'melindungi'. Padanlah Hodan memiliki kekuatan yang sangat menakjubkan.

"Linley, kamu belum menjawab soalan saya lagi. Adakah kamu mahu pergi ke satah lain?" desak Hodan.

Ia terpulang kepada setiap individu bertahap Dewa sama ada mereka ingin ke satah tertinggi ataupun tidak. Penyelia Satah hanya bertanggungjawab memberitahu mereka tentang pilihan tersebut.

Linley kekal tenang.

"Encik Hodan, sejujurnya, saya tidak tahu apa-apa tentang satah lain. Bolehkah kamu terangkan kepada saya?" Linley dengan rendah diri bertanya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS