Seluruh Istana Tentera senyap. Linley dan Olivier bangkit apabila melihat ketibaan Maharaja Johann. Dalam Istana Tentera, maharaja mempunyai status yang paling tinggi. Mereka sekurang-kurangnya perlu memberi muka kepada maharaja.
Renungan Wharton terpaku ke arah Nina. Nina berada di belakang ibunya, Permaisuri. Dia melihat ke arah Wharton sebaik sahaja melangkah masuk.
'Si gagah….' Mulut Nina bergerak tetapi dia tidak bersuara.
Wharton mengukir senyuman tetapi matanya sangat tegas. Mereka berdua tahu apakah yang masing-masing fikirkan daripada pandangan yang dikongsi. Wharton tidak akan berputus asa tidak kira siapa yang dipilih oleh Maharaja Johann pada hari ini.
'Nina milik aku. Tak ada siapa yang boleh mengambilnya daripada aku.' Wharton mengerling ke arah Blumer dari jauh, kemudian berpaling memandang ke arah Maharaja Johann.
"Duli yang Maha Mulia!"
Semua bangsawan dan menteri yang berada dalam istana melutut, tunduk dengan hormat.