Subuh. Udara sangat segar dan nyaman.
Ruskin [Luo'si'jin] memimpin dua orang bawahannya lalu bergerak dengan kelajuan tinggi ke arah manor yang diduduki oleh Lampson dan Executor lain pada malam semalam.
'Aku harus pastikan aku menjaga Tuan Lampson dan yang lain-lain dengan baik. Satu patah perkataan yang keluar dari mulut Tuan Lampson kemungkinan besar boleh menaikkan pangkat kami.' Ruskin berasa sedikit kecewa. 'Malangnya, Tuan Lampson seorang yang sangat berwaspada. Mereka tidak membenarkan seorang pengiring pun masuk ke dalam manor.'
Ruskin memikirkan perkara ini sambil berjalan ke arah pagar.
'Apakah yang berlaku? Mengapa pagar ini tidak ditutup?' Ruskin berkerut. Dia tahu Lampson dan lain-lain dalam misi yang penting. Mereka tidak akan membiarkan pintu terbuka.
Dia memasuki halaman. Sebaik sahaja dia masuk, dia berasakan halaman itu sunyi.
"Tuan." Ruskin memanggil.
Tetapi suaranya bergema di halaman tanpa sebarang maklum balas.