Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 195 - Saling Mempercayai

Chapter 195 - Saling Mempercayai

Tiada bintang di langit malam, begitu juga dengan bulan.

Linley dan Penghulu Pengamal Ilmu Ghaib Zassler, Harimau Kumbang Awan Hitam Haeru dan Bebe bergerak ke arah laluan terpencil. Pada masa ini, Linley kembali kepada bentuk manusianya.

*Kersik.*

Seluar Linley koyak-rabak serta-merta akibat dijilat api. Kemudian, dengan sekali lambaian tangan, Linley mengeluarkan sepasang lagi seluar dan juga baju hitam mengikut bentuk badan. Dalam sekelip mata, Linley sudah lengkap berpakaian.

'Oh, budak Linley lebih istimewa daripada apa yang aku fikirkan.' Mata hijau Zessler merenung ke arah Linley. Mana mungkin Zassler tidak tahu apa yang berlaku sebentar tadi? Linley dengan jelas mempunyai Cincin Antara Ruang.

Dia, Zassler juga mempunyai Cincin Antara Ruang.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS