Sebulan selepas itu, ketua puak Jacques mengeluarkan perintah. Keane akan memegang jawatan Gabenor Kota Wilayah Cerre. Walau bagaimanapun, sebelum mencapai umur matang, kakaknya, Jenne akan membantunya menguruskan hal ehwal kota.
"Abang Ley, Abang sudah mahu berangkat?"
Jenne, Keane dan Lambert semuanya kehairanan memandang Linley.
Keane sudah menjadi gabenor Cerre dan Jenne sebagai pentadbirnya. Hidup mereka kini lebih tenang. Baru sahaja mereka memikirkan cara untuk membalas budi Linley, tiba-tiba dia menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Kota Wilayah Cerre.
"Abang Ley." Mata Jenne mula menjadi merah.