Di sebuah kediaman yang gelap dan sunyi, hanya terdapat Reynolds, Yale, George serta beberapa orang pengiring wanita dan pengawal. Mereka berada di sini kerana Linley.
Di bawah dahan anggur yang berjuntai, George, Yale dan Reynolds berdiri mengelilingi sebuah meja bulat yang diperbuat daripada batu.
"Bos Yale, apakah agaknya yang terjadi kepada Bro Ketiga?" soal Reynolds dengan lemah. Wajahnya kelihatan sungguh keliru.
Yale menggelengkan kepalanya. "Saya pun tak tahu. Sudah sepuluh hari sejak Bro Ketiga datang ke sini. Sepanjang sepuluh hari ini, Bro Ketiga nampak tak bertenaga, bukan seperti selalu. Dia sudah tak berlatih atau tak bergurau senda dengan kita lagi. Dia sering memencilkan diri."
George juga mengangguk sama. "Sebelum ini, tak kira apa yang berlaku, Bro Ketiga tak akan berhenti berlatih. Sekarang dia seperti sudah berubah menjadi orang yang berbeza."