Selepas mendengar kenyataan dari mulut Clayde, bibir Linley seakan-akan terkunci.
"Haha. Linley, sekarang kau sudah tahu siapa musuh sebenar kau, bukan? Tapi adakah kau mampu mencabar Kuil Cahaya?" Clayde ketawa berdekah-dekah, lagaknya seperti hampir diserang histeria. Clayde tahu maut semakin menghampirinya. Di ambang kematian ini, dia membuat keputusan untuk mengakibatkan kehuru-haraan sebanyak mungkin di dunia yang akan ditinggalkannya.
"Adakah semua ini benar?" Suara Linley kedengaran parau.
Hakikatnya, Linley percaya apa yang dikatakan Clayde. Lebih-lebih lagi, ini sahaja kemungkinan paling masuk akal mengapa Gereja Cahaya menganugerahkan Pelindung Takdir tahap Dewa kepada Clayde.
"Kau tahu kebenarannya." Clayde ketawa seperti orang gila.
Linley terkedu.