Dalam sebuah halaman terpencil di dalam istana, ahli-ahli puak diraja Fenlai yang berpengaruh sedang berkumpul termasuklah Clayde, isteri-isteri dan anak-anaknya.
"Kini, seluruh Kota Fenlai dikerumuni dengan makhluk ajaib. Kita tak boleh bergerak dalam kumpulan yang besar kerana ini akan menarik perhatian beberapa makhluk ajaib yang berkuasa." Clayde berkata dengan serius. Semua orang memahami apa yang dimaksudkan Clayde. Pengarah Maia dan Monroe Dawson bergerak dalam konvoi yang kecil atas sebab yang sama.
Konvoi yang terdiri daripada hanya beberapa orang kelihatan di mana-mana di Kota Fenlai. Ia bukan sesuatu yang luar biasa.
Tetapi konvoi yang terdiri daripada beratus-ratus orang akan menarik perhatian makhluk ajaib tahap sembilan dan mungkin juga makhluk ajaib tahap Dewa.
Perkara paling bahaya ialah menarik perhatian makhluk ajaib.