Yale dan sekumpulan orang sedang menunggu di dalam hotel di penghujung Jalan Daun Hijau.
"Tuan Muda, Tuanku cedera akibat serangan jembalang di manor Tuan Linley. Sekarang ini, ramai pengawal istana dan pahlawan puak bangsawan berada di sana untuk melindungi Tuanku." Lelaki berambut emas di hadapan Yale berkata dengan hormat.
Yale tergamam.
Dia tahu Linley mahu membunuh Clayde dan sekarang Clayde merupakan sasaran bagi percubaan bunuh. Sembilan daripada sepuluh, ini mesti ada kaitan dengan Linley.
'Mungkinkah 'jembalang' itu Bro Ketiga?' Yale mula risau.
Tetapi Yale hanya mampu menunggu. Dia tiada pilihan lain. Tidak lama selepas itu, datang lagi laporan. "Tuan Muda Yale, jembalang itu melakukan pembunuhan besar-besaran. Ramai yang sudah terkorban. Manor Tuan Linley menjadi sungai darah dan dipenuhi dengan mayat."
Yale sangat terkejut.