Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 138 - Perancangan

Chapter 138 - Perancangan

Ini bukan sesuatu yang mudah!

Jika mereka berada di dalam pekarangan istana, Linley harus mencari peluang untuk memberi racun itu kepada Clayde terlebih dahulu. Sesudah itu barulah dia boleh memulakan soal siasat ke atas Clayde dan membunuhnya di dalam istana itu sendiri.

'Kalau aku tak memikirkan kemungkinan tertangkap sebagai pembunuh Clayde, aku akan mengalami kesukaran untuk melarikan diri daripada kawasan istana.' Satu demi satu kemungkinan bermain di dalam minda Linley. Satu persatu jugalah ditolak oleh dirinya sendiri.

Linley akhirnya mencapai satu kesimpulan…

'Meracuni Clayde di dalam kawasan istana dan melarikan diri selepas itu ialah sesuatu yang mustahil.' Linley terus melupakan kemungkinan itu. Tambahan pula, ada terlalu ramai pakar di dalam istana. Dia hanya berpeluang untuk menyelamatkan diri sekiranya dia mengambil bentuk Rupa Naga.

Namun Linley tidak mahu mendedahkah rahsia dia mampu berubah kepada Rupa Naga.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS