Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 136 - Kejayaan Besar

Chapter 136 - Kejayaan Besar

Linley terdiam seketika, kemudian tersenyum dan mengangguk, memohon maaf daripada Yale. "Bos Yale, maaf kerana menyusahkan kamu."

"Tak susah pun." Yale ketawa kecil. "Saya hanya perlu menghantar seseorang membuat penghantaran. Itu sahaja. Tak susah pun. Lagipun, Konglomerat Dawson kerap menghantar orang untuk menyerahkan surat kepada ibu pejabat. Kami dapat selesaikan beberapa urusan sekaligus."

Linley mengangguk.

"Bro Ketiga." Suara Yale kedengaran serius. Dia memandang Linley. "Jujur dengan saya. Kenapa kamu begitu tergesa-gesa ingin mendapatkan herba-herba ini?"

Linley pasti akan berbohong jika orang lain bertanya dengan mengatakan dia menggunakan herba-herba itu sebagai losyen perubatan yang dapat meningkatkan kekuatannya dengan lebih pantas. Lagipun, berendam di dalam mandian herba sebagai sebahagian daripada proses latihan bukan sesuatu perkara yang baru. Linley tidak ingin berbohong kepada Bos Yale.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS