Chereads / NAGA PUSAR / Chapter 128 - Melampaui Batas

Chapter 128 - Melampaui Batas

Merritt terdengar kata-kata Alice sebaik sahaja dia menutup pintu bilik bacaan. Dia menoleh lalu tersenyum ke arah Alice. "Cik Alice, kita akan berbincang tentang hal ehwal puak Debs. Kita tak boleh bincang perkara ini secara terbuka, bukan? Jika baginda tuanku mendapat tahu, saya akan berada dalam kesusahan. Kamu seharusnya tahu saya mengambil risiko bagi pihak puak Debs. Adalah lebih baik jika pintu itu ditutup."

Alice tergamam.

Alice tidak pandai menyusun kata sebaik Duke Merritt yang sudah lama terlibat dalam merangka rancangan jahat yang penuh muslihat bagi pihak istana.

Merritt berjalan melewatinya sambil tersenyum. Terdapat dua buah kerusi di sisi sebuah meja bulat di hadapan rak buku. Merritt kerap berbual dengan beberapa rakannya di sini.

Merritt duduk lalu memandang Alice. "Alice, kamu juga patut duduk."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS