Sejurus sebelum maut menjemput, Patterson akhirnya memahami pendirian Linley.
Dia terlibat dalam punca kematian bapa Linley. Dia tahu bapa Linley telah meninggal dunia.
Yang paling melucukan ialah dia sangka dia dapat meninggalkan tempat ini dengan selamat. Namun kini, dia faham mengapa Linley melakukan semua ini. Jauh di sudut hati Patterson, dia tidak mahu menerima hakikat hidupnya berakhir di sini. Berdasarkan kehandalannya sebagai pahlawan tahap tujuh, dia boleh hidup selama dua hingga tiga ratus tahun lagi.
Perjalanan hidupnya sepatutnya masih panjang.
'Benar, aku akan mati. Tapi, Clayde, nahaslah kau nanti.' Roh Patterson terbang ke Alam Kubur. Jiwanya penuh dengan kebencian. Kebencian untuk abangnya, Clayde.
…..
Selepas menyaksikan kematian Patterson, Linley kembali ke rupa asalnya.
'Clayde. Jadi orang di sebalik kejadian ini adalah Clayde.' Dahi Linley berkerut dalam.